Gitok ceritanya, aku
riya ada cita pasal aku tersalah tegor orang rah UTP tok. 2 orang gik ya dalam masa seminggu. Perasaan? Amat supan.
Ney cukup supan, tapi kede. KEDE OK? Aku dengan cemerlanglah pegi ke kelas ari
Rabu ya. Malang dikit nasibku, paduhal kelas ‘cancelled’. Semangat jak
aku pegi, aku jak ngarap adalah sekilo-duak ilmu masok lam utakku ariya.
Sekpalah,
aku ‘cool’ jak.
(Sila klik: Supan Kede)
Waktu melimpas kat ‘Pocket
C’, aku terdiat Ain yang amat chomel tengah ‘study’ dekat kafe. Alulah aku singgah, berloyar dengannya.
Ain orang Pahang, tapi nya pande kakar Sarawak. Rindok ati. 'Room-mate’
nya dolok orang Sarawak bah, Dedeng (Dayang Farah Ziela).
Waktu aku tengah
berloyar dengan Ain tek, melimpaslah sorang amoi rah tepi meja kamek orang.
Alunya
tegor melambei aku gitok
“Haiii”
Sebagai seorang yang ‘gentleman’
ney boleh aku polah muka ‘blur’ gitok. Sebab, ria aku ‘blur’ sapa yang tegor
ya.
Aku sik maoklah
pompuan ya terasa supan kedak dolok ya.
(Sila klik: Lawa)
Apatah gik, aku sikmaoklah
pipinya mirah gitok sebabnya supan.Waima aku rasa ‘blur’
sapa yang tegor aku ya, tapi aku-yang-cool-ingin-jaga-hati-pompuan-ya, dengan nada
‘happy’ aku tegor balit.
“Haiii”
Pengajaran untuk kali tok, mun ada orang tegor kita, iboh eksen indah
polah-polah sik dengar orang tegor. Ya nang mintak tepaslah. Sik kiralah sapa negor, sik kiralah kita kenal
nisik. Tegor jak balit. Tok macam kita berik salam, tapi sik dijawab bah. Dari segi hukum, siklah sama, tapi niatnya maok tegor ya sama. Sik
bagus bah orang dah bagus tegor, kita sik tegor balit. Sekian.
Tok antara benda yang
kita polah setiap hari, sama ada kita sedar atau nisik. Apa itu kentut? Kadang-kadang,
kentut kita sik berbau gilak, tapi kadang-kadang nang bau-macam-nak-munoh orang.
Tauk sik kenak kadang-kadang kentut kita kadang-kadang bunyi guntor, kadang-kadang kentut kita kiut jak bunyi.
Fenomena kentut
adalah disebabkan ada lebihan gas dalam perut atau usus kita. Sebab ya,
kadang-kadang, perut kita sakit, kembong perut, serda dan semestinya kentut.
Antara kandungan gas utama
dalam kentut termasoklah; 'nitrogen, carbon dioxide, hydrogen, methane, oxygen'
dan sebagainya. Nang macam-macam isik perut kita ya.
Secara purata, setiap
orang kentut 14 kali dan menghasilkan setengah liter gas kentut
setiap hari.
Kentut sebenarnya
boleh terbakar mun ada sumber api.
‘Top 10’ makhluk yang berkentut dari nombor 1
ke nombor 10:
1. Anai-anai
2. Unta
3. Zebra
4. Kambing biri-biri,
5. Lembu
6. Gajah
7. Asuk dari jenis ‘Labradors
retrievers’
8. Manusia ‘vegeterians’
9. Manusia ‘non-vegetarians’
10. Sejenis mamalia
yang bernama ‘Gerbils’. Kadang-kadang dikenali sebagai ‘desert rats’.
Kentut boleh keluar
dengan kelajuan 7 batu sejam.
(1 meter = 0.0006213 batu).
Waktu kentut
keluar, suhunya lebih kurang 98.6 darjah Fahrenheit.
(1 darjah Fahrenheit = -17.222
darjah Celsius).
Jangan riso, jangan
bimbang, jangan bingong sebab kita sikkan “lemas” dalam kentut kita dirikpun
mun kita terperangkap dalam tempat kecik yang penoh dengan kentut kita
dirikpun.
Selalunya kentut
datang dari udara (kebanyakannya nitrogen dengan karbon dioksida) yang kita
telan. Kebanyakannya udara tok sik berbau. Gelembong udara dari proses semua tok,
kebanyakannya besar. Sebab ya kentut kita bunyi guntor.
Kadang-kadang,
tindak-balas bakteria dalam proses pencernaan akan menghasilkan gas-gas lain
yang berbau. Kadang-kadang disebabkan ada kompaun berunsur sulfur yang
dihasilkan oleh bakteria tertentu dalam kolon. Gelembong udara dari proses tok
selalunya kecik dan bunyinya pun kiut. Semestinya kentut tok berbau burok. Nang kembang tekak mun tercium bau tok.
Otot dan saraf di
bahagian hujong ‘rektum’ kita ya elemen penting. Ya akan menentukan bunyi
kentut kita kuat ataupun kecik. Tapi kadang-kadang otot dengan saraf kat
bahagian tok pun boleh konfius mun kentut kita ya terlebih cecair dari
kebiasaan. Orang kita tunggahnya sebagai “ceret” atau orang puteh tunggahnya
sebagai ‘mud butt’.
Kacang akan
menyebabkan kita selalu kentut.
Selain ya, banyak
lagiklah makanan lain yang akan menyebabkan kita berkentut termasoklah kacang,
jagung, susu, roti, telor dan sebagainya. Bolehlah coba try test makan selalu.
Orang yang mati,
maseh boleh berkentut. Sebab maseh ada lagik udara dalam badannya bah. Baunya gine? Wallahuallam.
Blog aku tok baruk nak masok 3 bulan umornya. Dolok aku ada blog tapi
ya blog zaman menseya, ada sigek jak entri dalam blog menseya. Dah ku ‘delete’
dah blog ya.
Sebenarnya menseya dolok, aku rajin nulis note dalam ‘facebook’.
Tapi kotan semangat tek, alulah polah blog kedirik, waima sebenarnya aku butak
IT. Kira rami juakla yang ‘encouraged’ polah blog dirikpun, tulis ngan dak ‘local
newspapers’, etc.
Lebih 100 notes yang
aku tulis dalam ‘facebook’ ya. Antara yang paling famous, kisah “aek mila”. Pernah
baca sik cita ya? Mungkin ada yang pernah baca, cita “aek mila” ya nang dah di-post
balit dalam 'facebook', di-forward dalam e-mail ke segenap rasan jak dari
Kuching, sampey lah ke Miri. Kawan aku nok di-attached dekat Shell Miri pun, ‘forward’
balit dengan aku. Tapi yang ‘lame’, aku padah ya aku yang tulis, nya tetak jak
dengan aku *sabar jaklah* T_T
Sebenarnya cita “aek mila” ya, sampey ke Petronas KLCC, sebab
kawan aku yang keja Petronas terimak e-mail dari tunangnya (kinek tok dah jadi bini), ‘forward’ balit dengan aku. Aku ‘google’ ariya, ada juak dalam forum dak
Petronas, nang jaoh lah tuju cerita ditulis aku ya. Kira glemer juaklah cerita
ditulis aku ya.Tapi yang ngesak ati aku, ada indah orang tanyak aku dengan
soalan tok
“Gine kau tauk cita ya kau pun?”
Damn lah macam ya. Tangan aku dirikpun tulis bah, sikkan ada
cita yang di-forward sebelum bulan
Februari bah sebab aku tulis cita ya bulan Februari. Tapi tegal toklah aku
belajar banyak benda.
Sitok, aku maok ‘share’ lah tips-tips untuk ber-blog dengan cemerlang, gemilang, terbilang waima aku selalu jak rasa blog aku *lame*
1. Mun ambik cerita, gambar dari orang, biar kita berik ‘credit’
dengan ‘owner’. Seriously, baruk aku paham, kenak orang moha, gambar diamik
pasya dipakey gia ajak. Baruk aku paham kenak orang selalu berjuang maok
menghapuskan cetak rompak. Aku baruk kenak sikit, dah datang moha juak bah.
2. Lekak ya, setiap kali tulis note, aku akan engkah gambar.
Bukan apa, sak orang sekpat copy sigek cerita ya, pasya ‘forward’ macam ya jak.
Mun dah ada gambar, mestilah susah orang mok ‘forward’ bah nak? Bijakk!! Untuk blog tok aku nang sedaya upaya akan
try-lah engkah ‘source’ dari siney aku dapat gambar ya. Ada yang aku sik engkah
ya, ya gambar lamak, aku sik ingat siney aku ambik. Gambar dalam blog ya janganlah
diamik, pasya sik kita padah sapa pun gambar ya.
3. Aku kurang pasti blog aku tok menarek ka nisik. Harap
menarek dibaca urang lah. Tadik ada orang padah blog aku, nang nya suka baca
*satu lagi percobaan nge-up dirikpun*. Tapi nak, mun entri nok “ngerecho” ya
boleh polah orang tergisin, tetak. Then, mun nok entri “cherita” ya boleh polah
orang piluk ati, berjayalah aku ‘share’ cerita ya dengan orang.
Gikpun, ada
yang padah, sampey bertangisannya baca, nangis nya cita balit dengan emaknya.
Aku terkejut juak tapi nak, apa yang aku mok tulis ya sampey mun dah
macam ya. Sik semua orang boleh ‘express the words correctly’. Part ya, mun
tulis dalam bahasa Sarawak, nang aku gemilang juaklah *Yerdeh*
4. Aku kurang minat maok cerita segala benda yang aku polah seharian dalam blog. Orang lain mungkin sukalah cerita pasal apa dipolah
sehari-hari, apa perasaan 2 jam 37 menet yang lepas, di siney makan-minum pukul
1.25 menet tengah hari tadik. Aku kurang suka sebab aku belom berminat maok
‘share’ apa rutin harian aku. Even dalam ‘facebook’ pun, rami yang siap ‘update’ status
pegi ke siney, makan di siney. Ada yang engkah alamat lengkap gik ya. Pesan aku,
berpada-pada mun maok ‘share’ info macam ya. Ney tauk ada pak saok, kelak senang
orang maok ngintey bah nak? Haa, aku ngerepak tok. Sapa-sapa yang baca blog aku, tolonglah
jangan ‘over-exposed’ dengan info kitak orang. Takut apa-apa jadi kelak bah,
kan susah kelak.
(Concern lah kiranya
kau tok tek?) *Nang jak, ngerepak is caring*
5. Mun diekot, banyak
benda yang aku tulis nang aku cerita pasal aku dirikpun. Even hal yang amat
berat bagi aku, tapi aku tulislah dengan gaya yang cool, sak orang baca dengan
hati yang ceria. Aku sikkan tulis ‘directly’, tapi aku lebih suka tulis 'in-general-way', sak
orang lain pun terasa sidak pernah kenak benda yang sama.
6. Selalunya mun aku tulis note/blog, aku akan ‘concentrate’
dengan tahap tepu lah. Sak dapat tulis dengan cemerlang. Then, mestilah ada 'feel' yang betol baruk dapat tulis dengan menarek. 'Feel' macam ney? Gine maok 'explain' owh? Tok kiranya, mun gik maseh kenyang bodo, tapi urang nyuroh makan sampey 5 rounds pizza, ney la dapat nak? Mesti ada 'feel' lapar gila di perot, baruk la dapat makan bongan camya. Gia-gia lah retinya.
7. Time aku tulis note/blog, aku sikkan dengar lagu. Sebab ‘distraction’
bah mun dengar lagu, pasya gago gik maok tulis-tulis. Mun aku, aku nang sik dapat aih.
8. Antara benda yang aku malas maok polah, ‘google’ gambar
yang cun dengan apa yang aku maok tulis. Seriously, tok ‘part’ yang susah.
Lebih senang maok tulis dari ‘google’ gambar untuk dipakey dalam blog. Selalunya aku akan tulis dolok dalam 'Microsoft Word', baruklah carik gambar. Lekak ya baruklah aku engkah dalam blog.
9. Sebenarnya, bukan senang maok tulis note/blog. Mungkin
Allah ada berik kelebihan sikit dengan aku, sebab selalunya ‘once’ aku ‘start’
tulis, nang lancarlah tanganku nulis.
10. Selalunya, mun aku tertemu benda yang menarek, jenaka kah,
idea yang bernas kah, aku akan simpan dalam ‘draft’ dalam ‘handphone’ aku.
Kinek tok, ada lebih 80 igek topik yang aku maok tulis. Kadang-kadang jak rajin, selalunya malas. Haha.
Mun ada yang tiap-tiap ari yang baca blog aku, tahniah eh!
Agik asa kitak orang dah ‘addicted’. Haha. Untuk yang baruk ‘first time’ ngabas
blog aku, harap ceria lekak baca entri dalam blog aku. Tahniah ehhh!
‘Jews’ atau Yahudi, sik
sama dengan ‘Zionist’. Yahudi adalah bangsa, ‘Zionist’ ya adalah satu
pergerakan/pertubuhan politik, dalam bahasa orang puteh ‘international
political movement’ untuk mewujudkan balit tempat tinggal untuk orang Yahudi,
seperti yang kita tauk, di Palestin. Yang selalu jak polah hal ya, ya sidak
‘Zionist’. Sik sama sebab, Yahudi biasa, adalah orang biasa macam kita semua.
Mun Yahudi yang berfahaman politik ‘Zionist’, ya Yahudi yang ‘extreme.
Kita belajar sejarah
sikit ok? Di Malaysia, Penang, Kuala Lumpur dan Melaka adalah tempat sidak
Yahudi Malaysia tinggal. Kebanyakan sidak tok adalah ‘Oriental Jews, European
Jews’ dan ‘Chinese Jews’ yang datang dari tempat yang bernama Kaifeng, China.
Orang Yahudi pertama yang
ditauk namanya tinggal di Tanah Melayu, namanya Ezekiel Aaron Menasseh yang
datang dari Baghdad, Iraq dalam tahun 1895. Sebelum Perang Dunia Pertama, nya
ngakuk nya sorang ajak orang Yahudi di Malaysia. Waktu perang, baruklah datang
sidak Yahudi diam di Tanah Melayu. Tapi lekak perang, rami sidak Yahudi pindah
ke Singapura, Australia, Amerika dan ada yang balit ke Israel.
‘Synagogue’ adalah tempat ibadat
orang Yahudi. Di Penang, ‘Synagogue tok ada di Jalan Zainal Abidin atau ‘Nagore
Road’. Dolok orang tunggah nama jalan tok, Jalan Yahudi atau Jahudi. Tapi
tempat tok ditutup dalam tahun 1976 sebab sik cukup ‘minyan’ atau korum untuk
beribadat. Kinek tok, orang Yahudi Malaysia yang maok nikah (Bar Mitzvah),
sidak perlu pergi ke Singapura.
Di Kuala Lumpur, ada juak
‘Synagogue’ di Jalan Sultan Ismail, tapi kinek tok dah tutup. Ditukar jadi
kedey mamak dah kinek tok. Dalam gambar ya, nampak bah nak ‘Star of David’.
Ada tempat tanah perkuburan Yahudi di jalan Zainal Abidin, sepuloh menet
jak mun jalan kaki dari Komtar. Kali terakhir orang Yahudi dikebumi di sia, ya
tahun 1978. Kinek tok orang yang jaga, menyelenggara tempat perkuburan tok,
namanya Ong Thiam Lye. Orang puteh tunggah orang yang jaga kubur tok ‘undertaker’.
Sebelum Encik Ong tok jaga kawasan perkuburan
Yahudi, sebenarnya keluarga melayu yang jaga tempat perkuburan ya untuk 5
generasi. Yang sayangnya, nang maseh ada
buku pelawat dengan rekod pengkebumian untuk tanah perkuburan Yahudi ya yang
maseh dipegang oleh sidak waris penjaga kubur asal.
Tapi, sik ada pertubuhan
sejarah yang gago maok ambik tauk. Sayang bah, ya sejarah ya sebab rekod ya mun
sik dijaga, alu rusak gia ajak, alu ilang gia ajaklah.
Gary Braut adalah salah
sorang Yahudi yang menetap di Kuala Lumpur. Dalam gambar ya, nya pakey 'kippah'. Ya nya dengan
staffnya. Encik Gary ada syarikatnya pun di KL yang berkaitan dengan industri
‘automative’.
Toklah rumah Encik Gary.
Siap ada bendera Malaysia kat luar, patriotik juak nya tok sebabnya
nyusey, walaupunnya Yahudi, tapinya rasa
lebih nyaman tinggal di KL berbanding
diam di Amerika.
Tok Zebulon Simentov,
orang Yahudi terakhir di Afghanistan.
Nya tinggal sorang dirik di dalam
‘Synagogue’ di Kabul. Dolok lebih 40 000 orang yahudi diam di Afghanistan, tapi
lekak tertubuhnya negara Israel, rami yang pindah balit ke Israel.
Encik Zebulon tok kinek
tok hidup dengan bantuan Yahudi dari luar negara, ‘even’ dari orang Islam
Afghanistan ya dirik. Kadang-kadang, ada juak kawan-kawan Islamnya datang
jengoknya. Endakkah bagus mun di Palestin macam tok owh? Diat dalam gambar ya,
siap berguro agik ya.
Aku saja jak maok ‘share’
sebab ney tauk ada yang sik tauk bah nak? Ney tauk ada yang piker Yahudi adalah
sama dengan ‘Zionist’. Ya nang sik sama. Jangan sik tauk, ada pompuan Yahudi
dari Britain yang nikah dengan orang melayu, ada juak yang jadi pensyarah di
universiti. Kitak orang baruk tauk kah? Aku baruk tauk juak.
Dolok, Ahmad Danial embak buku WowBook datang ke rumah. Aku heran, kenak nama buku ya
WOW? Dah diat dalam tek, alu “WOW” juak aku tek. WOWW. Dah diat buku tek, nang
banyak kedey berik 'discount'. Macam-macam kedey jak, dari kedey makan, sampeylah
ke 'hotel and resort'.
Depends dengan kedey
lah, sidak maok offer apa. So, 'different shops', akan merik 'different kind of
discount'. Antara nok dalam
list:
1. Food Outlets
Bombay Spices, Jambu,
Chicago 7, Oregano, Desserts, Kenny Rogers, Garden Hill, James Brooke, Pondok
Laguna, Singapore Chicken Rice, and the list goes on.
2. Retails
Memory Lane, Elle,
Hush Puppies, Viss, Secret inner Secret, Wonder Toys, Heat Wave, and the list
goes on.
3. Services
Level Up, Alvin Leong
Academy, Dof Saloon, Damai Puri (Resort & Spa), De Beauty, Nail Kingdom and Beauty, Legend Hair, and etc.
4. Entertainment
Barzing, Absolute,
Crystal Bowl, DB Cafe, Emperor, Pop Wave, Sentosa Sport Centre, Star Cineplex,
Velocity
5. Travel
Pinnacles, 360
Hotel, Kuching Caving, Damai Puri Resort and etc.
Nang “WOWW”. Seriously, untong gila bah. Banyak
kedey yang kita sik tauk, padu, ada duhal rah Kuching tok. Boleh coba macam-macam kedey.Giney caranya?
Senang jak, beli
'WowBook' ya. Reganya RM25 jak, RM5 dari sia akan diderma dengan badan kebajikan . Dalam
buku yalah, segala macam 'discount voucher' ya ada dalam ya. Then, kita akan dapat
'membership card'. Tempat-tempat yang 'available' untuk kad ya, semua ada dalam buku
ya.
Tok 'first time', 'charity
discount book' dipolah di Kuching. Rega pun murah gila, 'worth it'. Rugi mun aku simpan
sorang info tok. Oh yes, antara orang koat dalam 'WowBook' tok, Ahmad Danial
(Director, Editor) dengan Kenny Sia (top blogger di
Malaysia).
I have my own copy,
kitak urang bila lagik? Disebabkan tok 'first time', perihal tentang buku tok kurang ditauklah, sebab ya kadang-kadang orang kedey perlu 'verify' dolok sebab ada staff sidak sik tauk gilak bah. Macam aku riya, sempat pake 'discount voucher' kat Singapore Chicken Rice. 20% 'discount' bah! Kelak maok 'stay' kat Damai Puri, ada 50% discount bahhh! *Yeahh*
Mun berminat,
sila-silalah contact kamek dirikpun or Ahmad Danial (0166995494)
Aku selalu
tertanyak-tanyak, kenak orang melaya suka gilak nginang somet. Even ada yang
umor gik nemiak, tapi sidak ada nginang somet. Aku nang itok la pahal ka sidak
tok suka gilak nginang somet.
Haa, nak macam toklah
selalu somet orang melaya. Tang nipis-nipis jak. Dahku sik tahan gilak, asak
ati maok tauk pahal sidak nginang somet, alu ku tanyak ngan salah sorang sidak.
Alulah nya padah, nya nginang somet sebabnya maok dilayan sebagai orang yang ‘matured’.
Sebab mukanya kedak kanak-kanak ribena, rupa mudak bah kata orang. Mun sik
nginang somet, nya takut orang melayannya macam miak kecik. Paduhal, ada indah
macam ya. Aku aok jakla. Nerimak jawapannya dengan hati yang terbukak.
Tok aku. Kira bertuah juak sebab muka kedak pelakon Korea, nampak mudaklah
banding ngan umor. Mesti inggar orang baca tek owh? Tapi menar bah, orang kat
sitok ingat umor aku 20, 21, or 22.
(Cehh, tok nge-up dirikpun)
*Ahahaa*
Tadaaa, tok aku yang
ada somet. Nampak beza gila owh? Daripada pelakon Korea yang ensem, mata
sepet, alu jadi kedak pelakon Korea tapi ‘half’ tambi jak.
Tadaaa, diat
betol-betol. Apa yang kitak orang nampak? Somet yang nipis? Salahh. Ya
adalah bulu idong.
*Ahaha*
Mun dah nama muka mudak,
kanak-kanak ribena, bagus ada jak bah. Aku appreciate menar sebab muka mudak
dari umorku yang sebenar. Rugi muka mudak, tapi sengaja molah muka kedak
tua.
(Aoklah, nakpakah?)
*Aoklahh*
Pengajaran
untuk aritok. Mun ada yang still rasa ‘macho’ dengan gaya bersomet, sila jak. Yang penting somet ya mesti dijaga sak rupa semperna sikit mun dijaga. Sik kihak gilak rupa.
Tapi ingat, bukan ya jak, bulu idong ya mesti dijaga juak!