Maok dengar cerita sik? Kejadian tok baruk berlaku malam tadik. Antara perkara koman mun dipolah sidak lelaki mun temu pompuan adalah cuci mata. Selain dari ya, adalah perkara koman mun lelaki menganalisis pompuan. Menganalisis macam ney? Seperti biasa, diat ginenya dressing, apa dimakannya, dengan sapanya makan. Lelaki merati benda-benda gitok sama ada kita sedar ataupun sik.
Waktu aku pegi makan dekat cafe Village 5 (V5) dengan Piji, Zubir dengan Zaki (aher dikit baruk Diman datang), kamek orang perasan, ada sorang pompuan dudok sorang dirik. Atas meja hanya ada 2 tapak kosong, ada cerpu dengan suduk. Then ada sigek gik benda atas meja ya.
Ada benda tok, ada multi-cooker atas meja. Tauklah kamek orangnya tok gik nunggu channya datang. Then mestinya masak pakey channya. Rindok atiiii.
"Rindok ati, girlfriend masak pakey gereknya. Mun aku ada gerek camya endakkah best"
kata Zaki dengan kamek urang.
Kamek orang nang sependapatlah. Rindok ati chan masak pakey kita. Sambil kamek urang dudok, kamek urang bersusey perihal pompuan ya. Mujinya bait sebab masak untuk channya.
(Diat ya, aktiviti menganalisis urang sedang berjalan)
Tapi, sekali diat tek, dak kamek urang semua dah abis makan. Pompuan ya maseh juak sorang-sorang. Lamak dahnya nunggu channya datang. Kamek orang gik ngerepak.
"Ney gereknya tokk. Lamak na juak"
Kamek urang gik bingong. Memang patut bingonglah sebab kesian diat pompuan ya sorang-sorang. Maka dah dekat setengah jam, channya sik juak ngecol. Dalam masa kamek orang merati pompuan ya tek, kamek orang terharu diat apa dipolah pompuan ya. Maok tauk apa dipolah pompuan ya?
Pompuan ya, dengan prihatin, ngambik tisu. Alunya ngelap tapak kosong nok pakey channya tek. Lapnya bersi-bersi. Lekak ya, pompuan ya ngelap gik suduk, cerpu nok pakey channya tek. Kamek orang nang terkesima lah diat kejadian ya.
"Adoh, cepat kit datang pok. Lambat naa"
Kamek orang nang bersusey gitok. Ngarap chan pompuan ya cepat-cepat kit datang. Dekat sejam juak, baruk channya datang. Dah datang tek, alu terus dudok, pasya terus makan.
Kamek orang moha diat chan pompuan ya lambat datang. Dahlah kau datang lambat. Girlfriend kau bermasak pakey kau gik ya. Banyak ada jak usaha darinya untuk kau. Mestinya kepak dah bermasak macam ya, lekak ya bertunggu gik kau sorang-sorang. Bukan semenet duak, dekat nak sejam juak bah.
At least, datanglah awal. Laki ya sikkan perasanlah, girlfriendnya bait alu jak. Dahlah bermasak, siap ngelap gik tapak, suduk, cerpu nok akan dipakey oleh laki ya tek. Nang sweetlah pompuan gia. Laki ya mesti sik perasan benda macam ya. Manusia, dah di depan mata, sik digago. Dah sekda kelak, baruk bercarik.
Typical human beings.
Lekak makan, macam biasalah, mun berchan, beribey tangan gitoklah. Lekak merasa loving-acts, beribey tangan gia mesti pompuan ya rasa worth it, bermasaklah, ngelap tapak, suduk, cerpu then bertunggu dekat nak sejam. Hilang terus sourness bertunggu lamak-lamak tek kali nak owhh?
Untuk aku dirik, sik cukup bah. Banyak ada usaha dari pompuan ya. Then apa jaklah usaha dari laki ya tek selain daripada datang lambat then makan sampey perut kenyang? Pompuan, mun dah sayang dengan urang, macam yalah jadinya. Sanggup bermasak, sanggup ngelap, sanggup bertunggu lamak-lamak, siknya kesah.
Mun laki tek?
"Owhhh, sikdahal girlfriendku susah-payah bermasak. Sikdahal nya tunggu aku sorang-sorang. Sikdahal nya tunggu aku sejam duak. Nya sayang aku. Apa perlu aku bingong?"
The tendency untuk lelaki berpikiran macam ya amatlah tinggi. Untuk pompuan yang sik memahami kenak pompuan dah polah macam-macam, tapi laki macam sik peduli, macam sik lalek jak. Mesti dah paham kinek tok nak? Kelak-kelaklah nulis perihal ya.
Untuk urang berchan, mun girlfriend dah sampey awal, cepat-cepat kit datang. Janganlah biar girlfriend sorang-sorang, tercangok-cangok nunggu camya.
*Pesanan ikhlas dari aku*