Berapa juta tahun dah umor dunia kita tok? Wallahuallam. Sik dapat dijawab oleh manusia marhaen seperti kau, aku, Peah, Jompot, Seman ataupun Leman.
Kehidupan duniawi kita, sik kira, pegi sekolah, pegi kelas, pegi keja, pegi enjoy, nang amat best. Tapi, kadang-kadang, kita tok, alpa gilak. Sik sedar masa udah berlalu, sik sedar dirik udah berumor.
Kadang-kadang tersedar, paduhal, udah bulan May paduhal. Macam baruk sekejap jak, lalu udah tengah tahun. Coba ingat balit, bila hari senin? Macam ari marek nak? Waima sebenarnya, marek adalah hari khamis. Coba ingat balit, bila kita pegi sekolah? Macam marek nak? Samalah macam dengan dunia kita. Macam-macam udah berlaku, sama ada kita ambik peduli or nisik jak.
"Dan tinggallah manusia-manusia yang buruk, yang seenaknya melakukan persetubuhan seperti himar (keldai). Maka pada zaman mereka inilah kiamat akan datang." - Sahih Muslim.
Aku tadik, teringat dengan hadis tok, koman dibaca, tapi sekadar dibaca, kita sik gago ambik peduli. Sebab? Kita selalu berpiker, bahawa kita tok bukanlah manusia yang disebut dalam hadis ya. Umat akhir zaman. Kita berpikiran, kita bukanlah umat akhir zaman, sebab perang besar belom terjadi, Dajjal Al-Masih belom lagik keluar. Adakah benar belom keluar? Wallahuallam.
Tentang hadis ya tek, aku tadik terdiat gambar tok nok diambik di Barcelona, Sepanyol.
Nang beradu asmara di tepi jeraya lah?
Nangg jak. Tanpa berasa supan, didiat urang kerek-kanan. Sikkah benar apa dipadah dalam hadis tek?
Aku ulang balit, apa hadis tadik.
"Dan tinggallah manusia-manusia yang buruk, yang seenaknya melakukan persetubuhan seperti himar (keldai). Maka pada zaman mereka inilah kiamat akan datang." - Sahih Muslim.
Adakah kita rasa bahawa bukan kita tok umat akhir zaman yang disebut ya? Adakah bukan kita, umat yang akan diat tanda besar akhir zaman kelak? Bukan mata kita diat kelak? Aku teringin maok jawab dengan konfiden bahawasanya bukan generasi kita yang sempat diat. Bukan kita, nang bukan,
Tapi.............malangnya, aku sik konfiden langsong.