Pages

Wednesday, February 8, 2012

Palestine

Siri 5. Palestine. Aku sedikit moha dengan apa yang urang dalam blog tok tulis. So, toklah reply aku untuk apa yang ditulisnya dalam blognya, entri perihal Israel. Boleh baca di link dibah tok.
(Sila klik: Tentang Israel)

Kamu fikir bangsa Israel itu bangsa apa? Itu bangsa keturunan Nabi Ya'qub. Nabi berbangsa Israel?  Nabi Ishaq, Nabi Yusuf, Nabi Harun, Nabi Musa, Nabi Daud, Nabi Sulaiman, Nabi Zakaria, Nabi Yahya. Nabi Isa-al Masih yang hingga saat kamu baca ayat-ayatku ini, baginda masih lagi hidup dan akan diturunkan ke bumi di akhir zaman. Semua itu berbangsa Israel. Jadi, apa yang kamu fikir bangsa Israel seperti bangsa Melayu? Cina? Arab? Russia? Kamu fikir kenapa mereka mahukan tanah Palestine itu juga? Kenapa pin-point perkara-perkara yang sama berlaku di tempat lain? Memang Palestine itu dahulunya kepunyaan bangsa Israel.
Kenapa harus kita peduli tentang Palestine? 

Sedarkah kamu, di Tanah Palestin itu terletaknya kiblat Islam yang pertama. Tempat suci orang Islam. Kiblat pertama untuk orang Islam sembahyang, dulunya terletak di Palestin, sebelum kita menghadap ke Kaabah. Kamu fikir ini tiada erti apa-apa?

Kepergian Rasulullah SAW ke langit, terletaknya di Palestin, sampaikan batu pun ingin terbang mengikut baginda. Di bumi mana sebelum Rasulullah kepergian ke langit? Di bumi Palestine. Di bumi mana tempat malaikat Israfil akan pergi sebelum sangkakala itu ditiupkan? Di mana? Di tanah Palestine!
(Sila klik: Batu Tergantung)
(Sila klik: Malaikat Israfil

Kamu fikir ini tentera dari mana? Bertugas di mana?  Kamu fikir siapa yang dihantar ke Bosnia dahulu?Kamu fikir bangsa kita ini tidak peduli nasib bangsa di Chechnya, Bosnia, Papua, Darfur? Malahan di Selatan Thailand, Selatan Mindanao.
Kamu fikir bahawa bangsa kita ini tidak peduli? 

Tahukah kamu, di sempadan Lebanon - Israel pun, adanya askar kita di buffer zone? Kamu fikir kita hanya berdiam diri walhal mulut bising mencerca Israel? Kamu fikir itu tiada apa-apa? 

Kenapa tidak dijadikan saja negara Israel di Germany. Nazi penyebab Holocaust. Bukannya Palestine.

Kenapa orang Palestine yang perlu menanggung kesan itu? Apa kaitan Palestine dengan Holocaust? None! Why do they suffer?

Tanpa Palestine, Umat Islam tiada focal point, yang benar-benar dapat menyatupadukan umat Islam. Ya, itulah Palestine, sampai ke penghujung zaman, isu ini tidak akan selesai.

Orang hanya benci kepada Zionist, bukannya bangsa Israel. Sila bezakan antara keduanya. Dan ya, aku setuju, two-states. Tapi, mahukah Israel begitu? Dan ya, aku setuju, pentadbiran Mekah dan Madinah adalah urusan seluruh umat Islam.
 Dan ya, aku setuju, boikot itu tiada ertinya.

Mekah, Madinah itu bukan  sepatutnya terletak di bawah Saudi Arabia sahaja. Tapi sepatutnya ia di bawah seluruh umat Islam. Tapi ia tidak berlaku. Itu adalah kehendakNYA. Boikot Haji?  Kamu fikir Haji itu umpama barang? Rukun Islam mahu diboikot?

Kamu tahu, bahawasanya Rasulullah SAW sudah berpesan, ia adalah tanda pengakhiran dunia jika orang berlumba-lumba mendirikan bangunan tinggi. Kamu fikir menara jam di sebelah Masjidil Haram itu apa? Bangunan di sekeliling masjid itu apa? Bukankah sama, apa yang telah diberitahu oleh baginda dahulu?

Kamu sedar kebanyakan tempat peninggalan Rasulullah SAW, keluarga baginda, serta sahabat baginda sudah dihapuskan. Kubur para sahabat pun mahu diratakan, dihapuskan. Kamu fikir Arab Saudi ini siapa? Pegangan agamanya apa? Kamu fikir takhta raja Arab Saudi itu, siapa di belakangnya? Kamu tahu, raja itu sedang sakit? Kamu tahu, bahawa adanya pendapat mengatakan selepas kematian pemerintah Mekah, akan terjadi kacau bilau? Kamu fikir itu jauh dari masa sekarang? Lama lagikah? Mungkin tidak.

Kamu fikir the false Messiah itu akan memerintah dari mana? Kamu fikir negara Israel itu saja-saja didirikan di tanah Palestine itu? Kamu fikir, apa yang diperbuat mereka itu sekarang? Membina the King Solomon Temple balik adalah kehendak mereka. 

Kamu fikir tanah sekangkang kera itu untuk siapa? 

Tunggulah Tasik Galilee itu kering. Tunggulah.
(Sila klik: Paras Tasik Galilee)

Kamu tahu, bangsa mana yang mahu melihat tuhan dengan mata kasar? Kamu fikir bangsa mana yang ditunjuk pelbagai benda, masih tidak beriman. Bangsa apa, makhluk apa yang tinggi egonya, ujub kepada diri, bangga, bongkak sampaikan mahu melihat Allah SWT dengan mata kasar. Kamu fikir itu bangsa apa?

Jika ini berbeda pendapat dengan kamu, terimalah. 
We can agree to disagree.

Jika Amerika, cerita Murshid, si Mumu si arkitek muda yang tinggal di hostel pintu senteng, bilik tiada bertingkap itu kamu baca. Bacalah perihal Palestine ini. Lebihkan berfikir dari sudut yang lain. Aku tahu kamu orang yang berfikir. Fikirkanlah kenapa tanah sekangkang kera itu juga direbut. Semuanya bersebab. Bacalah, bacalah, bacalah. Iqra, Iqra, Iqra. 


16 comments:

  1. fuhhh... kmk baca both entry.. urs and then tok teh tarik blog ya tek.. berat ehh.. sounds like nya memandang tinggi ngn sidak yahudi tok..bangga nya bila ada ex n kwn2 bangsa sidak tok.. sidka hal sebenarnya..tapi bila terlalu berani gilak bersuara pasal sejarah agama... yg sendirik pn sik brapa nak molah kajian.. so bagi kmk cam .. mangkong palak dikpun (sorry to say laa..)
    *kerut2 dahi mek baca this entry n blog nok sigek ya tek. huehuehueh *

    ReplyDelete
  2. aok, nang berat. entri tok kmk sik ngerecho langsong. selalu kmk tulis benda berat, tp kmk sengaja tulis sak urang rasa berat baca, mun ktk perasan mmg byk topik berat kmk tulis. tp tulis, sak urang fun baca. kmk pun rindok juak tulis

    tp part entri tok, sik dapat nisik, terpaksa tulis in a serious way. first time nulis bahasa yang kiranya, baku.

    ReplyDelete
  3. 2-3 kali mek baca tok tek, baru faham. dalamnya. sabar sabar... adalah org yg misunderstood ya suka memporak-perandakan keadaan. But like you said, We can agree to disagree, in a peaceful way. Jom minum kopi lok!

    ReplyDelete
  4. tok history, religion issues, and current issues. which is very complex actually. sory owh, have to write this writing. hehe, yes, we can agree to disagree. ju la minummm. kopi pengg! hehe :)

    ReplyDelete
  5. Tok pendapat aku jak la.. Aku rasa nemiak ya lack of intention.. Sebab ya molah entry kedak ya.. Ko boleh baca entry2nya sebelum tok... Aku sik juak nak nganoknya bodo sebab banyak juak infonya tauk tapi bila bab memilih keputusan, miak ya suka berdiri atas pagar dan suka nak molah provokasi.. Makin dilayan makinnya suka... Mun ekot apa juak haknya nak melarang kita memboikot.. Adanya merik duit ka mun kita tok sik mok boikot something yang kita sik suka?! Uishh.. Panjang jak komen aku tok... Asaku cukup ya jak la.. :D

    ReplyDelete
  6. nyatok, urg pandei. suka maca. provocation ya, nang aku pun rasa intentionally. tapi bagi aku, patutnya, it leads to goodness lah. tapi tok, as if nya against bah. tulis in a good way la. kedaknya nulis pasal maulud nabi, mohaku maca. nya pdh diriknya byk baca buku, tp perihal agama, kita mesti berguru. sik boleh maca buku semata2 and claim diriknya tauk lekak udah baca buku. ya bukan caranya lah.

    ReplyDelete
  7. yorabi..da juak blog rang serawak crita hal kedak tok eh

    ReplyDelete
  8. ada kenaknya sekda. hehe. ada gik ya, siri 1 pey 5. kelakla nyambong :)

    ReplyDelete
  9. assalamualaikum....
    saya terdorong untuk ke blog ni ble terbaca entri teh tarik gelas besar...saya tengah google search : kenapa yahudi nak palestin, saya pon bacalah blog t.t.g.b, bila baca, Ya Allah, geramnya dengan writer blog 2....saya pon bace la komen2 entri dekat blog 2, n terjumpa blog ni... saya harap sangat owner blog t.t.g.b 2 akan singgah sini baca entri kat sini....
    kalaulah dia dapat tahu penderitaan saudara kita di palestin...

    p/s: saya x brpe fhm komen2....hehheh bhsa sarawak ni....

    papepun, thnxs sharing....

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih kerana singgah blog ini. sekadar berkongsi info, mana tau ada yang tak tau kan. sharing is caringg :)

      Delete
  10. bagusla ada juak duhal org sawak create blog daktok....tekejut juak tek maca mula2..aiee..basa aku ehhh..
    perihal dajjal n yahudi laknatullah tok makin ari makin mnakutkan.
    mintak dilindung Allah dr fitnahnya n permainannya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. nang mesti ditulis juak, lekak sik tahan maca blog orang ya tek. nang ujong zaman kita tok, diat la rah syria ya, udah maok berperang dgn arab saudi juak dah

      Delete