Siri 5. Palestine. Aku sedikit moha dengan apa yang urang dalam blog tok tulis. So, toklah reply aku untuk apa yang ditulisnya dalam blognya, entri perihal Israel. Boleh baca di link dibah tok.
Kamu fikir bangsa Israel itu bangsa apa? Itu bangsa keturunan Nabi Ya'qub. Nabi berbangsa Israel? Nabi Ishaq, Nabi Yusuf, Nabi Harun, Nabi Musa, Nabi Daud, Nabi Sulaiman, Nabi Zakaria, Nabi Yahya. Nabi Isa-al Masih yang hingga saat kamu baca ayat-ayatku ini, baginda masih lagi hidup dan akan diturunkan ke bumi di akhir zaman. Semua itu berbangsa Israel. Jadi, apa yang kamu fikir bangsa Israel seperti bangsa Melayu? Cina? Arab? Russia?
Kamu fikir kenapa mereka mahukan tanah Palestine itu juga? Kenapa pin-point
perkara-perkara yang sama berlaku di tempat lain? Memang Palestine itu dahulunya kepunyaan bangsa Israel.
Kenapa harus kita peduli tentang Palestine?
Sedarkah kamu, di
Tanah Palestin itu terletaknya kiblat Islam yang pertama. Tempat suci orang Islam. Kiblat pertama untuk orang Islam sembahyang, dulunya
terletak di Palestin, sebelum kita menghadap ke Kaabah. Kamu fikir ini tiada erti apa-apa?
Kepergian Rasulullah SAW ke langit, terletaknya di
Palestin, sampaikan batu pun ingin terbang mengikut baginda. Di bumi mana sebelum Rasulullah kepergian ke langit? Di bumi Palestine. Di bumi mana tempat malaikat Israfil akan pergi sebelum sangkakala itu ditiupkan? Di mana? Di tanah Palestine!
(Sila klik:
Batu Tergantung)
(Sila klik:
Malaikat Israfil)
Kamu fikir ini tentera dari mana? Bertugas di mana? Kamu fikir siapa yang dihantar ke Bosnia dahulu?Kamu fikir bangsa kita ini tidak peduli nasib bangsa di
Chechnya, Bosnia, Papua, Darfur? Malahan di Selatan Thailand, Selatan Mindanao.
Kamu fikir bahawa bangsa kita ini tidak peduli?
Tahukah kamu, di sempadan Lebanon - Israel pun, adanya
askar kita di buffer zone? Kamu fikir kita hanya berdiam diri walhal mulut
bising mencerca Israel? Kamu
fikir itu tiada apa-apa?
Kenapa tidak dijadikan saja negara Israel di
Germany. Nazi penyebab Holocaust. Bukannya Palestine.
Kenapa orang Palestine yang perlu menanggung kesan itu? Apa
kaitan Palestine dengan Holocaust? None! Why do they suffer?
Tanpa Palestine,
Umat Islam tiada focal point, yang benar-benar dapat menyatupadukan umat Islam.
Ya, itulah Palestine, sampai ke penghujung zaman, isu ini tidak akan selesai.
Orang hanya benci kepada Zionist, bukannya bangsa Israel.
Sila bezakan antara keduanya. Dan ya, aku setuju, two-states. Tapi, mahukah Israel begitu?
Dan ya, aku setuju, pentadbiran Mekah dan Madinah adalah urusan seluruh umat
Islam.
Dan ya, aku setuju, boikot itu tiada ertinya.
Mekah, Madinah itu bukan
sepatutnya terletak di bawah Saudi Arabia sahaja. Tapi sepatutnya ia di bawah seluruh
umat Islam. Tapi ia tidak berlaku. Itu adalah kehendakNYA. Boikot Haji? Kamu fikir Haji itu umpama barang? Rukun Islam mahu diboikot?
Kamu tahu,
bahawasanya Rasulullah SAW sudah berpesan, ia adalah tanda pengakhiran dunia jika
orang berlumba-lumba mendirikan bangunan tinggi. Kamu fikir menara jam di
sebelah Masjidil Haram itu apa? Bangunan di sekeliling masjid itu apa? Bukankah
sama, apa yang telah diberitahu oleh baginda dahulu?
Kamu sedar kebanyakan tempat peninggalan
Rasulullah SAW, keluarga baginda, serta sahabat baginda sudah dihapuskan. Kubur para sahabat pun mahu diratakan, dihapuskan. Kamu fikir Arab Saudi ini siapa? Pegangan agamanya
apa? Kamu fikir takhta raja Arab Saudi itu, siapa di belakangnya? Kamu tahu,
raja itu sedang sakit? Kamu tahu, bahawa adanya pendapat mengatakan selepas
kematian pemerintah Mekah, akan terjadi kacau bilau? Kamu fikir itu jauh dari
masa sekarang? Lama lagikah? Mungkin tidak.
Kamu fikir the false Messiah itu akan memerintah dari mana?
Kamu fikir negara Israel itu saja-saja didirikan di tanah Palestine itu? Kamu
fikir, apa yang diperbuat mereka itu sekarang? Membina the King Solomon Temple
balik adalah kehendak mereka.
Kamu fikir tanah sekangkang kera itu untuk siapa?
Kamu tahu, bangsa mana yang mahu melihat tuhan dengan mata
kasar? Kamu fikir bangsa mana yang ditunjuk pelbagai benda, masih tidak
beriman. Bangsa apa, makhluk apa yang tinggi egonya, ujub
kepada diri, bangga, bongkak sampaikan mahu melihat Allah SWT dengan mata
kasar. Kamu fikir itu bangsa apa?
Jika ini berbeda pendapat dengan kamu, terimalah.
We can
agree to disagree.
Jika Amerika, cerita Murshid,
si Mumu si arkitek muda yang tinggal di hostel pintu senteng, bilik tiada
bertingkap itu kamu baca. Bacalah perihal Palestine ini. Lebihkan berfikir dari
sudut yang lain. Aku tahu kamu orang yang berfikir. Fikirkanlah kenapa tanah
sekangkang kera itu juga direbut. Semuanya bersebab. Bacalah,
bacalah, bacalah. Iqra, Iqra, Iqra.