Pages

Saturday, October 9, 2010

Demand Sik?

"Koman-koman, maok pipinya tembamlah. Pakey gik kebaya time raya. Bersanggol gik rambut ya, nang rindok atiku"
 (Demand sik?)

(Image courtesy of Sasha Bashir)
"Oo yang. Ngesep kachak-kachak kit. Katok kita maok berjarah"
(Demand sik?)

"Coba kitak polah rambut macam ya? Endakkah kachak? Kamek suka bah mun rambut kitak kachak gia"
(Demand sik?)

 "Sik payah kitak diet-diet. Kamek suka pipi kitak tembam camya"
 (Demand sik?)

"Sik payahlah kitak ngeybeng beg ya pegi tHe Spring ehh"
(Demand sik?)

"Sibohla berpupor mirah gilak macam ya. Ney ada kachak camya"
(Demand sik?)

"Coba kitak bertudong gia owh? Endakkah kachak? Kamek suka"
(Demand sik?)

Mun idar pompuan demand? Mun pompuan nanyak gitok?

"Kenak nginang rambut panjang? Kenak sik polah rambut pendek kedak dolok ya?"
tanyak makhluk tuhan yang bernama pompuan.


"Senang sebab sik leceh mun berambut pendek, maok ator-ator rambut baruk keluar. Rutit bah"
 makhluk tuhan yang bernama lelaki nyaut tek.

Jawapan dari pompuan giney?

"Munlah lelaki boleh demand macam-macam. Maok pipi tembamlah, maok rambut pompuan kachaklah, maoknya pakey kebayalah, maok pakey tudong, maok ngesep kachak-kachaklah. Tok idar pompuan demand macam laki demand pompuan macam-macam.  Maok diat laki gap-gap berambut pendek gia. Pompuan suka bah"
makhluk tuhan yang bernama pompuan nyaut balit.


Aku lekak dengar jawapan ya alu terbebek. Dah dipiker-piker dengan mendalam, nang mena padu. Makhluk tuhan yang bernama lelaki adalah makhluk yang demand. Demand ya, sik antap nampak, tapi mun didiat tek,  lelaki nang demand.

Dahku piker jawapan ya tek, alu supan kedirik aku. Menar owhh? Laki demand macam-macam. Idar laki tek? Alu ngekot ati dikpun.

Dolok-dolok, aku heran. Nang misteri bagiku diat urang berchan. Selalu juak temu, pompuan ngesep, tapi laki cam kihak jak rupa. Cam mehey jak, sebarang jak rupa. Nang amat jaranglah temu, laki gap-gap, pompuan kihak. Nang sik pernah ditemu.

Kinek tok, aku tauk jawapannya. Seperti yang aku dah explain kat atas ya. Tahniah dengan dirikku pun. Dah timbul sinar keinsafan dalam hatiku kinek tok. Sikku maok demand gilak. Tapi?

Tok Mas Anizan. Seriously, di mata aku, pada usiaku kinek tok. Kelihatan amat menarek dan menawan kalbu.Rambutnya kachak gia, rona nang cun abis. Make up pun kachak, sekda mirah gilak pipinya berpupor. Menawan kalbu ada jak.
(Cehhh, tek padah dah insaf sik demand)
*Eh?? Aok owhh, lupak. Haha*

Terima kaseh sebab menyedarkan aku Ile. Haha.
(Sila klik: mynameisile)
Read more ...

Thursday, October 7, 2010

From Arab, With Love

Ayat-Ayat Cinta adalah antara cerita yang famous sebab jalan ceritanya yang lain, cinta berunsurkan Islam. Tapi, cerita tok bukanlah cerita dari negara Arab, waima jalan ceritanya berlatar-belakang negara Arab. Waima heroinnya berpurdah camya, tapi tok cerita dari negara jiran kita, Indonesia. 

Pernahkah kitak orang terfikir macam ney cinta atau love yang berasal dari negara Arab? Mesti rami kitak orang sik pernah terfikir akan diat nak? Sama jak macam aku. Aku sik terfikir dolok-dolok akan temu bah.

(Image courtesy of Site)
Sik sangka, aku dapat diat dirikpun macam ney kehebatan love dari negara Arab di UTP tok. Jaoh lebih hebat daripada love dalam Ayat-Ayat Cinta. Sik sangka aku dapat diat dengan mata aku dirikpun. Nang besar love dari negara Arab aih! Sik sangka aku.

Aku terharu sebab dapat peluang diat love dari negara Arab. Ya nang rezekilah. Nang sik terfikir, dalam hidupku aku berpeluang diat love dari negara Arab.
(Bahh, ney love dari Arab tekkk?)
*Manas eh pok, haha*

Gitok ceritanya, di UTP, pemandangan gitok kira biasa jak. Siklah semua pompuan Arab/Afrika ya pakey macam tok, tapi memang ada certain sidak yang pakey macam tok. Petang marek, waktu nak pegi ke kelas, aku dengan Zaki pun berjalanlah pegi ke kelas. Dalam perjalanan tek, kamek orang terdiat sigek pemandangan. Maok tauk pemandangan apa? 

Toklah pemandangan ya tek. Pompuan Arab/Afrika lain, mun berjubah gitok, selalunya kosong camya jak. Tapi pompuan Arab ditemu kamek duak marek, gitok fesyennya. Ada love rah jubah belakangnya ya. Besar gik ya. Nang hebat love dari tanah Arab. Aku sik sangkaaa! Besar love ya aih!

Ingin juak rasa maok mujinya dalam bahasa Arab. Tang kiut jak rupanya berjubah gia, ada love rona kalas rah belakang. Tapi aku sik pandey kakar Arab. Tapi sekpa, tang kiuuut jak rupanya.
(Cehh, ingat apa tekkk)
*Ahahah*
Read more ...

Tuesday, October 5, 2010

Gemma Hogg

Gemma Hogg adalah emak kepada 3 orang anak. Tok gambar Gemma Hogg sekeluarga bergambar waktu nyambut Hari Krismas tahun ya tek. A very happy family.

Tok Gemma Hogg dengan anak lelakinya, Thomas. Dalam tahun 2008, Gemma disahkan menghidap penyakit kanser payudara. Lekak ya tek, Gemma dirawat dengan kemoterapi selama 6 bulan.

Tapi malangnya, kanser ya nyerangnya balit, bulan Oktober tahun lepas. Disebabkannya tauk nya sekda harapan untuk sembuh. Gemma dengan sedaya-upaya ngabis masa dengan keluarganya terutama dengan anak-anaknya. Nya siap polah memory box yang diisiknya dengan gambar dengan banyak ucapan kaseh sayang untuk seluruh keluarganya. Ya untuk dijadikan kenang-kenangan untuk keluarganya.

(Image courtesy of Site)
Gemma siap engkah gambarnya dengan anak-anaknya kat bantal-bantal. Lekak ya, tertulis ayat gitok.

"When you need a cuddle, I'm always here"

Kiranya, nya maok padah ngan anak-anaknya, mun perlu tempat bermanjak, emak sidak nang sentiasa ada, terutama waktu dak anaknya maok tido. Kesian owhh? Antara benda yang Gemma maok polah untuk kali terakhir adalah, nya maok ngantar anak lelakinya, Thomas ke sekolah untuk hari pertamanya ke sekolah. 

Waima dinasihat doktor, dilarang oleh sidak doktor, jangan keluar dari hospital, tapi Gemma sik peduli, nya tetap maok nganta anaknya ke sekolah sebabnya takut sik berpeluang maok ngantar anaknya ke sekolah.

Sampei juak hajatnya maok ngantar anaknya ke sekolah. Toklah hari pertama dan hari terakhirnya ngantar anaknya ke sekolah, sebab Gemma Hogg ninggal sehari lekak nya gambarnya tok diambik. Damn sedih!

Untuk mak bapak yang mala ngeloh kepak ngantar anak-anak ke sekolah, harap sidak baca kisahnya tok. Ngantar anak ke sekolah adalah impian yang terbesar sebelomnya nutup mata selamak-lamaknya. Berapa rami urang di luar nun yang punya kesempatan ya? Dapat ngantar anak ke sekolah?
.
(Images and news courtesy of dailymail)
Read more ...

Sunday, October 3, 2010

Cepat Kit Datang Pok

Maok dengar cerita sik? Kejadian tok baruk berlaku malam tadik. Antara perkara koman mun dipolah sidak lelaki mun temu pompuan adalah cuci mata. Selain dari ya, adalah perkara koman mun lelaki menganalisis pompuan. Menganalisis macam ney? Seperti biasa, diat ginenya dressing, apa dimakannya, dengan sapanya makan. Lelaki merati benda-benda gitok sama ada kita sedar ataupun sik.
(Sila klik: Cuci Mata)

(Image courtesy of Site)
Waktu aku pegi makan dekat cafe Village 5 (V5) dengan Piji, Zubir dengan Zaki (aher dikit baruk Diman datang), kamek orang perasan, ada sorang pompuan dudok sorang dirik. Atas meja hanya ada 2 tapak kosong, ada cerpu dengan suduk. Then ada sigek gik benda atas meja ya.


 (Image courtesy of Site)
Ada benda tok, ada multi-cooker atas meja. Tauklah kamek orangnya tok gik nunggu channya datang. Then  mestinya masak pakey channya. Rindok atiiii.

"Rindok ati, girlfriend masak pakey gereknya. Mun aku ada gerek camya endakkah best" 
kata Zaki dengan kamek urang. 

Kamek orang nang sependapatlah. Rindok ati chan masak pakey kita. Sambil kamek urang dudok, kamek urang bersusey perihal pompuan ya. Mujinya bait sebab masak untuk channya. 
(Diat ya, aktiviti menganalisis urang sedang berjalan)

(Image courtesy of Site)
Tapi, sekali diat tek, dak kamek urang semua dah abis makan. Pompuan ya maseh juak sorang-sorang. Lamak dahnya nunggu channya datang. Kamek orang gik ngerepak.

"Ney gereknya tokk. Lamak na juak"

Kamek urang gik bingong. Memang patut bingonglah sebab kesian diat pompuan ya sorang-sorang. Maka dah dekat setengah jam, channya sik juak ngecol. Dalam masa kamek orang merati pompuan ya tek, kamek orang terharu diat apa dipolah pompuan ya. Maok tauk apa dipolah pompuan ya?


(Image courtesy of Site)
Pompuan ya, dengan  prihatin, ngambik tisu. Alunya ngelap tapak kosong nok pakey channya tek. Lapnya bersi-bersi. Lekak ya, pompuan ya ngelap gik suduk, cerpu nok pakey channya tek. Kamek orang nang terkesima lah diat kejadian ya. 

"Adoh, cepat kit datang pok. Lambat naa"

Kamek orang nang bersusey gitok. Ngarap chan pompuan ya cepat-cepat kit datang. Dekat sejam juak, baruk channya datang. Dah datang tek, alu terus dudok, pasya terus makan. 

(Image courtesy of Site)
Kamek orang moha diat chan pompuan ya lambat datang. Dahlah kau datang lambat. Girlfriend kau bermasak pakey kau gik ya. Banyak ada jak usaha darinya untuk kau. Mestinya kepak dah bermasak macam ya, lekak ya bertunggu gik kau sorang-sorang. Bukan semenet duak, dekat nak sejam juak bah. 

At least, datanglah awal. Laki ya sikkan perasanlah, girlfriendnya bait alu jak. Dahlah bermasak, siap ngelap gik tapak, suduk, cerpu nok akan dipakey oleh laki ya tek. Nang sweetlah pompuan gia. Laki ya mesti sik perasan benda macam ya. Manusia, dah di depan mata, sik digago. Dah sekda kelak, baruk bercarik.
Typical human beings.

Lekak makan, macam biasalah, mun berchan, beribey tangan gitoklah. Lekak merasa loving-acts, beribey tangan gia mesti pompuan ya rasa worth it, bermasaklah, ngelap tapak, suduk, cerpu then bertunggu dekat nak sejam. Hilang terus sourness bertunggu lamak-lamak tek kali nak owhh?

Untuk aku dirik, sik cukup bah. Banyak ada usaha dari pompuan ya. Then apa jaklah usaha dari laki ya tek selain daripada datang lambat then makan sampey perut kenyang? Pompuan, mun dah sayang dengan urang, macam yalah jadinya. Sanggup bermasak, sanggup ngelap, sanggup bertunggu lamak-lamak, siknya kesah.

Mun laki tek? 

"Owhhh, sikdahal girlfriendku susah-payah bermasak. Sikdahal nya tunggu aku sorang-sorang. Sikdahal nya tunggu aku sejam duak. Nya sayang aku. Apa perlu aku bingong?"

The tendency untuk lelaki berpikiran macam ya amatlah tinggi. Untuk pompuan yang sik memahami kenak pompuan dah polah macam-macam, tapi laki macam sik peduli, macam sik lalek jak. Mesti dah paham kinek tok nak? Kelak-kelaklah nulis perihal ya. 

Untuk urang berchan, mun girlfriend dah sampey awal, cepat-cepat kit datang. Janganlah biar girlfriend sorang-sorang, tercangok-cangok nunggu camya.
*Pesanan ikhlas dari aku*
Read more ...

Saturday, October 2, 2010

Mario Brothers

Zaman menseya dolok, game Mario Brothers nang antara game paling rindok dimain. Baruk jak tadik aku main Mario Brothers. Mun kitak orang rajin google, kitak orang akan terjumpa perihal Mario Brothers. Perihal apa?

(Image courtesy of Site)
Ada rumours padah sebenarnya, Princess-yang-bukan-last ya berik middle fingers. Apa jaklah rumours ya. Aku dah coba zoom in gambar, tapi sik gilak nampak. So, mun didiat dalam gambar dari topstrange ya, nampaklah middle fingers ya tek.

Tahniahhh! Aku nang first time ngabis main game Mario. Sik sangka pandey abis indah. Mun kitak orang stucked dekat certain levels, especially level 7-4 dengan level 8-4, bagus kitak orang google macam ney maok lepas level ya. Aku yang sik lepas tek, ujong-ujong lepas juak. Cool abis!!
Toklah rupa Princess yang digembar-gemburkan selamak berpuloh tahun aku di dunia tok. Sik juak gine-gine. Tang mirah jak jungornya ya. Seterikinggg jak rupaaa. Kechewa indah rasa. Aku jak ingat rupanya kedak Snow White kah, Cinderella kah nak? Koman-koman kedak rupa Tiz Zaqyah lah.
(Cehhh!)
*Ahaha*

Tok Mario sebelomnya pegi keja. Haha, cool owhhh? 

Yeah, aku dah abis main game Mario Brothers. Boh jeles okeh? Berdengah tokkkk.
(Urang menseya dolokk dah abis main)
*Owhhh, akulah last paduu*
Read more ...

Friday, October 1, 2010

Lady Gaga Ngekot Siti Nurhaliza?

Dalam diam-diam, paduhal Stefani Joanne Angelina Germanotta, atau nama glamournya Lady Gaga suka Siti Nurhaliza. Aku pun nang sik sangka juak, terkejut gik ada.

Sik sangka Lady Gaga nang suka Siti dalam diam-diam. Suka dalam erti kata lain, minatlah. Bayang jak, Lady Gaga yang famous di seluruh dunia, tapinya paduhal minat Siti. Kotannya minat gilak dengan Siti, alu Lady Gaga ya ngekot Siti. Sik sangka owh??

Sebagai warganegara Malaysia yang patriotik, kita sepatutnya berbangga dengan berita tok. Artis yang glamour atas dunia tok, minat Siti Nurhaliza. Orang Malaysia ya eh! Bangga aku. Mesti Siti kembang idong nak owh? Mungkin ada yang skeptikal dengan berita tok, percayaklah. Berita tok benar. Sekda yang benar, melainkan yang benar ajak. Mun sik cayak, diat gambar dibah ya.

Baruk kinek tok Lady Gaga pakey style macam tok. Tegal toklah nya famous juak.

Diat yaa! Siti Nurhaliza menseya dolok dah berfesyen macam yaa! Ketara gilak, Lady Gaga sekda idea, alu ngekot style Siti Nurhaliza. Wuhhh! Bait Lady Gaga sik malu ngekot fesyen Siti nak owh?

Haa! Fesyen toklah yang belom diekot Lady Gaga. Nang kembanglah seloar ya. Tok zaman dolok-dolok tok. Zaman Siti baruk nikah dengan Datuk K. Banyak juak fesyennya kedak tok. Sampei Lady Gaga pun berkenan dengan gaya Siti. Alu ngekot juakk. Tahniah Siti! Bangga kamek dengan kitak! Yedeh Siti!
(Kau mujikah nganok Siti owh?)
*Haha, piker dirikpunlah*

 Doloknya pakey fesyen pelik-pelik, seloar bagak sampey ilang lekak-lekok kerek-kanan depan-belakang timur-barat utara-selatan. Ya zaman menseyalah. Zaman dinosour dolok-dolok.

Kinek tok? Siti dah pandey bergaya. Nya dah pandey ngeso lekak-lekok sia-sitok dengan gaya yang sopan. Tahniah Siti!!
Read more ...

Wednesday, September 29, 2010

Berjarah Raya Di Kuching

(Image courtesy of Site)
Tok lah Kuching, the coolest and the best place on earth.
(Sila klik: Kuching)

(Image courtesy of Sasha Bashir)
Tok namanya berjarah di Hari Raya.

Tok nang arum bulak semua rumah ada tok. Kueh lapis nang wajib ada. Aek lemenet nang mesti ada.

(Image courtesy of Site)
Raya tahun ya tek, waktu hari raya ke 2, aku terdiat berita dalam tv. Dalam berita ya, pembaca berita ya padah, warga KL, ngambik peluang cuti raya untuk raon-raon ke Zoo Negara.

Dalam hatiku

“Nakpakah? Maka raya bahhh. Sik berjarah ka urang KL? Sedeh naa”

Tapi sik dapat salahkan sidak, sebab kali dah rayanya macam ya. Ada yang padah sebab rami urang balit kampong. Bahh, balitla juak kampong owh? Sak jak before raya bukan main lagu raya dimain lam radio, dalam tv. Ya jaklah raya tek? Ooo tedah. Jaik ati.


(Image courtesy of Site)
Sebetolnya aku pernah juak beraya di tempat lain selain Kuching. Aku pernah beraya di Miri menseya dolok. Tapi mintak maaf eh, nang sik dapat lawan berjarah di Kuching.
*Sorry Mirians, sorry Jul, Fil*

Waktu di Miri, malam raya, aku dengan kroni-kroni kayo-kayo dari Senadin sampey ke Luak tegal kamek urang mok diat lampu raya macam tok. Maok carik perasaan raya, maok carik feel raya.

(Image courtesy of Site)
Mok carik urang bertuntong. Serious nang susah. Tapi mun diekot, di Kuching pun ada certain places jak boleh temu urang bertuntong. Susah maok beli minyak gas bah. Dolok waktu kayo-kayo di Miri, then dapat nemu rumah yang berlampu raya, kamek urang nang gembira tahap gemilanglah.


(Image courtesy of Site)
Mun maok cerik raya, cobalah cerik raya di Kuching. Nang tahap beraya ya nang gemilang eh. Seminggu-minggu nang gap-gap berbaju melayu, bersabok. Pompuan tek, nang ngesep ajak kerjanya.

Harum bulak, kayo-kayo rah tHe Spring, pegi KFC, pegi Waterfront, pegi diat wayang rah MBO, waima ngisik minyak rah Shell Jalan Astana pun berbaju melayu, gap-gap bersabok juak. Selain dari berguro senda waktu berjarah, arum bulak berjarah start dari  pagi, sampey ke tengah malam.

Toklah suasana rah KFC satok, hari raya ke 6, malam raya ke 7. Tok raya tahun ya tek. Udah kol 1130 malam dah tok. Coba diat, urang tengah tunggu order, pasya urang tengah makan ya. Benar nak padah aku tek? Nang sidak gik gap-gap bersabok kayo-kayo ke sia sitok.
(Yeahh, berdengah aku tok)

Dedek gik dak pompuan. Ngesep jak eh! Pakey kebaya gik, sanggol rambut. Nang cairlah! Tunggu aku nikah lok. Nang arum bulak tiap ariku nyambut raya, sak biniku tiap hari ngesep berkebaya camya.
(I loikeee)
*Cehh, demand ko yaa*

Toklah suasana rah Benteng, Satok, malam Raya. Diat yaaaa. Gik gap-gap berbaju melayu, bersabok.

Tok Raya ke 3 (12 September 2010). Waktu tok, gik singgah kat area Satok sia, dekat depan KFC sia. Diat ya, urang berbeli barang nang gap-gap bersabok. Nang stedeylah berbaju melayu gap-gap gia.

Sama juak tok. Urang berbeli barang. Diat ya, gap jak bersabok. Tahniahh!

(Image courtesy of Kek Lapis Sarawak)
Kueh ngarey di sine-sine kita berjarah.

(Image courtesy of Saytunt Yang Fabulous)
Dengan aek lemenet gik waktu kita berjarah. Nang cool gila beraya di Kuching. Serious, waima bunyi aku macam berdengah jak, tapi tok realiti raya di Kuching. Mun ada yang rasa tempat lain best lagik raya berbanding raya di Kuching, boleh ajak tulis entry pasal raya di tempat kitak urang. Celen bah!
(Oi berdengah na kau?)
*Ahaha*
 
Consider this as a rule mun beraya di Kuching. Untuk lelaki, mun berjarah, seboleh-bolehnya mesti berbaju melayu, bersabok gap-gap serta bersongkok. Jangan berjarah pakey baju t-shirt, baju-line-line-gaya-moden-kinek-tok ya. Jangan berjarah pakey seloar jeans. Harus berasa supan mun berjarah pakey baju biasa then seloar jeans. Ingat ya, amat memalukan umat jak mun beraya gia.

(Image courtesy of Uncle Awang Capture)
Tok suasana bertuntong di Kuching. Honestly, aku sebolehnya sik maok beraya di tempat lain selain Kuching.  Serious, aku nang sik maok raya tempat lain. Sebab berjarah raya di Kuching ya best.
Best eh Kuching!
Read more ...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...