Pages

Friday, May 4, 2012

Dunia

 Berapa juta tahun dah umor dunia kita tok? Wallahuallam. Sik dapat dijawab oleh manusia marhaen seperti kau, aku, Peah, Jompot, Seman ataupun Leman. 

Kehidupan duniawi kita, sik kira, pegi sekolah, pegi kelas, pegi keja, pegi enjoy, nang amat best. Tapi, kadang-kadang, kita tok, alpa gilak. Sik sedar masa udah berlalu, sik sedar dirik udah berumor.

Kadang-kadang tersedar, paduhal, udah bulan May paduhal. Macam baruk sekejap jak, lalu udah tengah tahun. Coba ingat balit, bila hari senin? Macam ari marek nak? Waima sebenarnya, marek adalah hari khamis. Coba ingat balit, bila kita pegi sekolah? Macam marek nak? Samalah macam dengan dunia kita. Macam-macam udah berlaku, sama ada kita ambik peduli or nisik jak.

"Dan tinggallah manusia-manusia yang buruk, yang seenaknya melakukan persetubuhan seperti himar (keldai). Maka pada zaman mereka inilah kiamat akan datang." - Sahih Muslim.

Aku tadik, teringat dengan hadis tok, koman dibaca, tapi sekadar dibaca, kita sik gago ambik peduli. Sebab? Kita selalu berpiker, bahawa kita tok bukanlah manusia yang disebut dalam hadis ya. Umat akhir zaman. Kita  berpikiran, kita bukanlah umat akhir zaman, sebab perang besar belom terjadi, Dajjal Al-Masih belom lagik keluar. Adakah benar belom keluar? Wallahuallam.

Tentang hadis ya tek, aku tadik terdiat gambar tok nok diambik di Barcelona, Sepanyol.

Nang beradu asmara di tepi jeraya lah?

Nangg jak. Tanpa berasa supan, didiat urang kerek-kanan. Sikkah benar apa dipadah dalam hadis tek?
Aku ulang balit, apa hadis tadik.

"Dan tinggallah manusia-manusia yang buruk, yang seenaknya melakukan persetubuhan seperti himar (keldai). Maka pada zaman mereka inilah kiamat akan datang." - Sahih Muslim.

Adakah kita rasa bahawa bukan kita tok umat akhir zaman yang disebut ya? Adakah bukan kita, umat yang akan diat tanda besar akhir zaman kelak? Bukan mata kita diat kelak? Aku teringin maok jawab dengan konfiden bahawasanya bukan generasi kita yang sempat diat. Bukan kita, nang bukan, 

Tapi.............malangnya, aku sik konfiden langsong. 

Read more ...

Sunday, April 29, 2012

Meowww

"Meowww" Camyalah bunyi pusak ngigo. Oii, nyaman na juak tido ya nyeng?

Tadik aku makan di kafe, tertemu pusak tido. Lelah jak ngentak kaki pasya aku nerais rah telinganya saknya terkejut, tapi usaha aku sia-sia. Pusak ya peng. Nyaman gilak tido. Nang sekda efek eh.

Aku terpiker, pusak bermimpi sik munnya tidor? Apa dimimpinya? Apa dingigonya owh?

Mungkinkah pusak ya bermimpi gitok? Bangun, terus banyak makanan cemtok?

Mungkinkah pusak ya tengah diet, nya mimpi pasal sayor?
(Oiiii, pusak sekda makan sayorr)
*Aihh, sekda kahh? Haha*

Mungkinkah pusak ya gembira dalam mimpi, kerek-kanan ada jak ikan ngarey sia-sitok?

Mungkinkah pusak ya mimpi, nya tengah bersosial dengan rami pusak-pusak yang lain?

Mungkinkah pusak ya mimpi nya makan sampey perutnya bubus? Gembiralah kau tek nyengg?
(Tandahlah nya mimpi cemyaa)
*Aok ehh, tandah jak bahh*

Mungkinkah pusak ya mimpi burok diriknya buntuk camtok? Kau patut diet nyeng. Seriousss!
(Oiii, sekda faedah kau miker apa dimimpi pusak oii)
*Aok ehh, sekda faedah. Haha*

(Sila klik: Pusak)

Read more ...

Monday, April 23, 2012

PTPTN

(Image courtesy of PTPTN)
Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional, PTPTN. Isu nok hangat kinek tok.

Mun Pakatan Rakyat dapat jadi kerajaan, PTPTN dihapuskan. Pendidikan pree, dari sekolah rendah sampeylah ke universiti. Mun urang yang udah bayar bertaun-taun? Mungkin boleh nageh duit balit? 

(Image courte of anwaribrahimblog)
Aih? Biar benar alu kecut perut? Nebes juak maok maca tajuk artikel nok ya tek. 

Antara nok benda boleh nyuruh perot PM kecut perut, pendidikan percuma. Free education. Antara contoh adalah di Turki. Aku macam biasa, itok asa maok tauk. Nang bercarik juak perihal free education di Turki. Teruslah bercarik perihal tok dalam internet tek.

(Courtesy of Education in Turkey)
Dalam wikipedia. Macam sekda jak free education di Turki tek owh. Sekpa, google lagiklah.


(Courtesy of hurriyetdailynews)
Tertemu news tok. Ehh? Kenak sampey kenak tangkap student di Turki nun. Sampey kenak tangkap tegal mintak pendidikan percuma. Bukan di Turki nun memang diberik pendidikan percuma tek kah? Konfius aku.

13 Mei 1997, PTPTN ya dibahaskan di dalam parlimen Malaysia. Sapa Menteri Pelajaran owh?

Jadi, Dato' Seri Najib lah Menteri Pelajaran waktu ya? Hmm. Jap lok, sapa berkuasa waktu ya?

Didiat dari hierarki, Datuk Seri Anwar ya Timbalan Perdana Menteri. Mun diekot, nya boleh over-ruled cadangan dari Menteri lain termasoklah dari Menteri Pendidikan, sebabnya berkuasa waktu ya.
(Courtesy of Parlimen)


13 Mei 1997, PTPTN dibahaskan di Parlimen, Tun Dr. Mahathir pegi bercuti 2 bulan, berik kuasa Perdana Menteri ngan Datuk Seri Anwar Ibrahim start dari 19 Mei 1997. Mun dah memangkuk jawatan Perdana Menteri, maksudnya memang berkuasa maok polah something pasal PTPTN. 

Jadi, kenak kinek tok? Dolok waktu berkuasa penoh memangkuk Perdana Menteri, kenak sik polah something? Antara orang yang meluluskan rang PTPTN ya, adalah diriknya pun. Jadi, apalah erti perjuangan maok ngapus PTPTN tok? Untok ngapus benda yang dilulus dirikpun? Macam ney ya bah?

Jadi, perut kecut kah nisik tek? Coba kubit lokkk.

Dari mala berkelaie mulut, bersusey jak-jak, bagus dudok sama-sama. Miker macam ney sorang boleh merik idea, sorang boleh merik pendapat, nak tok sik bagus dipolah, bagus polah camtok. Nak nun bagus dipolah, nak tok bagus pakey rakyat. Sama-sama bah negara tok kita empun. In the end, dalam kubor kelak, sikkan ke siney kuasa yang dimaok ya. Kelak ujong ditanyak kelak, amanah kah nisik. 

Jangan lupak, waktu Umar bin Abdul Aziz diangkat jadi Khalifah, nya nangis sehari-hari. Waktu ditanyak bininya, kenaknya nangis macam ya, kenaknya sedeh gilak walhalnya diangkat jadi Khalifah.

Umar nyawab 

"Sesungguhnya, aku telah diangkat untuk memimpin urusan umat Nabi Muhammad SAW. Aku termenung memikirkan nasib fakir miskin yang kelaparan, orang-orang sakit yang tidak boleh diubati, orang-orang yang tidak mampu membeli pakaian, orang-orang yang selama ini dizalimi dan tidak dibela, orang-orang yang mempunyai keluarga yang ramai tapi hanya memiliki sedikit harta, orang-orang tua yang tidak berdaya, orang-orang yang ditawan atau dipenjara, serta orang-orang menderita di pelosok negeri ini. Aku sedar dan memahami bahwa Allah SWT pasti akan meminta pertanggungjawabanku berikutan amanah yang aku pikul. Namun, aku bimbang tidak sanggup memberikan bukti bahawa aku telah melaksanakan amanah ini dengan baik sehingga aku menangis"

Jadi, apakah nak direbut gilak kuasa ya bah. Lagik banyak tanggungjawab kelak, ditanyak, kongang nisik berjawab di SINUN kelak. Mun rasa kongang nyawab kelak, ya gohet ajak :)

Jadi, perihal PTPTN tok tek. Mun setakat maok ngurang or ngapus service charge yang membebankan, sekda masalah. Tapi maok mansoh PTPN? Bagus kitak urang demonstrate suroh nemiak belajar rajin-rajin sampey CGPA 3.5 or first class honour degree. Jadi, sik perlulah bayar PTPTN balit. Maok benda free? Kuss ssemengat. Berutang dengan PTPTN gik sik turun kelas, fail, repeat paper jak-jak. Bahh, mun kita tok diberik free education? Macam ney lah kelak? Masok public toilet gik perlu berbayar beberapa posen eh. Haish. Giney gaya kita tok. Dimanjak gilak.

Naktok bagus dibaca 

ps: "If you want to improve politics, improve the rules, improve the structure. Don't expect politicians to behave differently. They behave according to their interests" - James Buchanan.

Read more ...

Thursday, April 12, 2012

Ombak Rindu

Ombak Rindu. Ada Aaron Aziz, Maya Karin, Lisa Surihani, Bront Palarae. Jadi, udah diat lah kitak urang semua tek? Ada nok run-run nangis waktu diat cita tok eh? Gerenti ingus keluar sekali nak? 
(Oiiiii)
*Haha*

"Redha itu ikhlas. Pasrah itu menyerah" 

Maseh ingat dengan dialog ya? Tok ada contoh yang bagus pakey tunjok ngan kitak urang.

"Boleh sik kamek pegang perut kitak?" kata Hariz ngan Izzah.
"Emmm, si siik ma maa maaokk" jawab Izzah balit. 

Tok namanya sik redha. Hariz maok pegang perut Izzah, Izzah sik maok. Izzah sik redha.


"Lain kali, mun kamek maok pegang perut kitak, mesti suroh" 
bisit Hariz sambil ngusap rambut Izzah.
"Emm, aok, aok"  Izzah ngangok palak.

Tok namanya pasrah. Izzah pasrah, Izzah menyerah jak diriknya dengan Hariz. 

"Boleh abang pegang perut Izzah?" tanyak Hariz.
"Boleh jak abang. Peganglah" jawab Izzah.

Tok namanya redha, ikhlas. Izzah redha, nya ikhlas nyuroh Hariz megang perutnya. 

"Hnss. Hnsss. Hmphh" bunyi Hariz udah sik nyaman nyawa.
"Hnss. Hnss. Hmphh" sama juak bunyi Izzah paduhal tek. 

Tok namanya kejeron! Duak-duak kejeron. Sik payah bermintak-mintak izin lagik. 
Oiii nang kejeron kitak duak yaa!
(Oiii, nakpa yaaa)
*Hahahah*

On a serious note. Bagi akulah, cita novel lebih dramatik. Sik kedak dalam filem, tang cepat gilak jalan ceritanya. Tang lalu nikah, lalu cepat jak jatuh chienta tek. Part ya, bagiku spoil lah. Cobalah ekot sikit gine cerita dalam novel ya. Polah proper bah. Mun diekot Izzah ya tinggal dalam apartment, siap pegi nyambong belajar lagik ya. Dahlah dalam novel, Izzah tok selalu bermonolog dalaman. Retinya, Izzah ya selalu kakar sorang dalam hati, selalu bersusey dalam hati pasal Hariz. Tertanyak-tanyak, sapa endak pok nok dinikahnya ya. Urang ney, anak sapa, kenaknya selalu jak moha, tapi ada ari alu jadi bait, lekak ya gaok balit. Proses sebelom Izzah ya suka dengan Hariz. ya ngambik masa sebenarnya, Hariz pun macam ya. Hati pandey lembut lekak diat Izzah ya bait gilak, sik kedak pompuan lain. Dalam jaik-jaiknya melayan Izzah, Hariz ya menganalisis Izzah. Part tok, sekda dalam filem eh. First version novel Ombak Rindu gik dah aku baca. Jadi, agak kecewalah, ceritanya tang cepat gilak jak. 
(Jadi, kau maca novel lah?)
*Oii, sukati akulah maca novel*

Diat pusak ditemu aku tok. Nya redha jak makan telor. Tahniah nyenggg! Pusak tok mengamalkan

"Redha itu ikhlas. Pasrah itu menyerah"

Read more ...

Monday, April 2, 2012

Living In Kuching


(Image courtesy of Site)
Untuk merasa kehidupan di Kuching, bagi aku bukanlah kita ngabis masa pegi tHe Spring, Boulevard, Wisma Satok, Saberkas, Plaza Merdeka CityOne, Barzing, VA, Pullman, etc. 

 (Image courtesy of Electra House)
Bagi aku, untuk merasa kehidupan Kuching, kayo-kayo lah ke Electra House, kawasan-kawasan sekitar ya. Seriously, aku appreciate every bit of my feeling setiap kali aku pegi ke kawasan tok. 

 (Image courtesy of Blog)
India Street, nang bestlah dikayo-kayo terutama mun waktu posa. Biar panas, biar rami urang, tapi suasana ya la dicarik urang. Suasana meriah macam ya.

(Image courtesy of Site)
Coba pegi ke lorong tepi Police Central Station sia. Ada lorong sia bah. 

Gambar Balai Polis Central lamak. Kedey-kedey sia nang banyak yang dibukak dari zaman menseya dolok. Bisnes pun nang turun-temurun dari menseya dolok sampey kinek tok.

(Image courtesy of szeshyang)
Pintu kedey pun nang sik berubah.  Aku boleh imagine, dak orang dolok-dolok semua kayo-kayo ke sia. Mun pegi sia, boleh terasa gik ke-best-an. The spirit of Kuching maseh ada kat sia. Ya baruk life in Kuching. Mun belom merasa, silalah kayo-kayo kat kawasan tok. Tapi bait-baitlah dengan wallet, handbag kitak orang mun pegi sia.

(Image courtesy of Gambier Market)
Aku sedeh bila pasar lamak Gambier diruboh. Orang salu tunggah ya, pasar Ceko. Sebab? 

(Image courtesy of Blog)
Sebab, it’s the same environment, dak orang tua kita, dak orang ninggal datuk nenek kita dolok. Semuanya pegi ke sitok zaman menseya dolok. Nang tempat tumpuan zaman menseya.

(Image courtesy of clothwithpegs)
Aku kesian juak dengan orang tua dari kampong, rami sidak berbeli barang rumah dari Ceko bah. Beli ikan, sayor, etc. Jalan kaki jak dari rumah, pasya pakey perauk tambang ke seberang. Nang sehat orang tua camya nak owh? Cakah jalan dari rumah ke pasar Ceko. Rami yang ngeloh, susah berbeli barang kinek tok. Sebab dolok sidak berbeli kat pasar Ceko jak bah.

 (Image courtesy of Pasar Ceko)
Cara bangunan ya dipolah pun lain benar bah. Cara menseya, semua ya sekpat lagik dipolah kinek tok. Ney lah tauk kita kelak-kelak gago maok polah replika bangunan pasar Ceko bah nak? Nang sekpatlah dipolah sebab teknologi ya lain menar bah.

(Image courtesy of Blog)
Toklah antara salah satu benda yang aku nyesal sampey kinek tok. Sebenarnya aku dengan kawanku plan maok breakfast sitok dolok. Sik best ada jak breakfast mamaklah, makan roti canei lah, breakast kat McDonalds, KFC, etc. Sik cool ok? Breakfast tempat gitok bok cool gila.

Aku diat dak orang tua nang selalu lepak sitok.  Mesti best mun dapat breakfast kat sitok. Mesti cool jak eh, rasa orang menseya jak. Dengan konpidennya aku nyusey gitok.

“Next week kita breakfast sitok Druz”

Sekali diat, kedey-kedey tok dah sekda agik dah. Puang dah, sik berurang. Aku nang ponek. Puteh mata, sebab sekda lagik kedey makan ya. Bukak besar ne pun kedey makan, bukaklah kedey apa pun, sikkan sama dengan kedey makan ya. Kedey zaman menseya bah, warisan Kuching ya. Tapi dah sekda agik dah kinek tok.  

 (Image courtesy of Blog)
Sik kesiankah diat dak orang tua dalam gambar ya? Sialah tempat sidak bersosial, tempat sidak relaks sebelum nait bas, nait van, nait perauk penambang balit ke kampong. Sia tempat sidak maok ngisik perut lapar, lekak pegi ke pasar Ceko sia. Diat makcik dalam gambar ya, tedahh. Tedah ngan pakcik dalam gambar ya. Sik terpiker kah dengan sidak tok?  Siney sidak maok pegi kelak? Dolok ujong minggu mesti pegi sia, sebab sialah sidak temu dak kawan dari menseya. Bahhh, kinek tokk? Siney sidak maok pegi? McDonalds? Sushi King? KFC? Sugarbun? Waktu nak election baruk ngegeh ngeso muka, bergambar dengan pakcik-makcik tok rah kampong. 
Damn it!

 Lekak tok maok meruboh Carpenter Street kah? Bagus menar macam ya. Aku suka! Kenak mesti dikaco, diruboh tegal maok polah pembangunan owh? Sekda tempat lainkah nak dibangun? Sampey juak bangunan bersejarah gia pun maok diruboh juak? 

Sama macam gereja kat sekolah St. Joseph ya. Cool gila gereja lamak dolok bah. Gothic gila rupa, European style, tapi diruboh juak tegal maok polah baru. Sikkah sayang?

(Image courtesy of Ramadan-Karim)
Sama juak Masjid Bahagian Kuching. Dipolah baru juak bah. Nang benarlah, sebab keperluan bah nak, sik cukup ruang pakey orang rami. Sebab ya perlu dipolah baru. 

 (Image courtesy of Blog)
Tapi, bagi aku, sayang gila bah dengan Masjid bahagian Kuching yang menseya pun. Aku kesian dengan aku pun, sebab dolok gago jak aku coba Google gambar masjid bahagian nok lamak ya, gambar tok jak ada. Nampak kubah masjid lamak ajak. Kesian sik? Kesian nemiak kinek tok, gago pegi area Masjid Bahagian sebab maok pegi makan Nasik Ayam Penyet, Lot 1, stall sebelah Arif Hotel. Tapi siklah sidak tauk, sebenarnya kita ada Masjid lamak yang cool gila yang sepatutnya kita jaga, sebab warisan ya bah. Nang rugi sampey bila-bila kita tok.  

Nasib bait eh, temu juak aku gambar Masjid lamak kita tok. Mun sik silap aku, masjid lamak dolok ya, nya sekda pakey pakuk. Nang tua menar umor masjid ya bah. Pasya diruboh juak tegal pembangunan. Sekda tempat lain kah maok dibangun? Kecik gilakkah Kuching?

Lekak tok sik tauk agik, bangunan ney lagik nak diruboh. Siboh padah maok ruboh Electra House, maok ngubah India Street sak jadi lebih moden. Siboh tuija maok polah macam ya! Dah sekda baruk bercarik kelak. Typical human being!


Mun ada lagiklah bangunan diruboh tegal pembangunan, kacak ney bangunan, moden ney bangunan, aku tetap rasa Kuching ya akan jadi ‘Puang’. Rasa kosong sebab identiti Kuching ya hilang. For sure, aku gerenti bukan aku sorang akan rasa macam ya kelak. Kita gago kayo-kayo negeri omputeh, apa juak didiat kita? Bangunan modenkah? 

Sak jak kita gago raon kawasan menseya sidak. Dah ya, omputeh datang ke Kuching, maok diat tempat menseya juak bah. Dah diruboh, apa maok dingeso ngan sidak kelak? Apa maok dingeso ngan anak cucu kita kelak? Jangan jak terbebek kita maok nyawab kelak. 

Boleh check gambar kat sitok kelak, cool ada jak gambar nya tok. Ya baruk Life In Kuching.
(Sila klik: Kuching Town Memory)


Gambier Street, Pasar Ceko kinek tok. Sik juak gine-gine rupaaaa! 

ps: An entry that should be reposted.
Read more ...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...