Pages

Friday, May 28, 2010

Panggong

(Image courtesy of Site)
Kuching is the coolest place on earth. Waktu raya, lagikla best. Aku sik maok cerik raya di tempat lain, melainkan raya di Kuching. Tapi ya cerita lain.
(Sila klik: Kuching)

(Image courtesy of catscity.net)
Orang kinek tok lain sikit nak owh? Generasi baru bah kata urang. Mun sidak padah maok nangga wayang, kadang-kadang sidak refer wayang ya as ‘MBO’. Koman-koman pun, orang refer wayang ya as ‘wayang’. Paham sik? Maok contoh kah?

“Tadik kamek orang diat cita Nightmare on Elm Street kat MBO tadik eh”
  kata Leman nyusey ngan Seman.

Ataupun gitok

Tadik kamek orang diat cita Robin Hood rah wayang tadik eh” 
kata Seman nyusey ngan Leman.

(Image courtesy of mbo-the-spring)
Kacak dalam MBO ya owhh? Waktu baruk masok dolok, nang bestlah. Cool gila Kuching ada panggong wayang macam ya.

(Image courtesy of Site
Tempat dudok ya lok, nang layan owh?

Fenomena ‘berkukut’ adalah perkara biasa dalam wayang yang selesa macam MBO. Oii, siboh ngegeh gilak berkukut dalam wayang eh. Bukan amalan mulia macam ya!
(Kedengaran jeles kamu ya?)
*Gago, diam kau!*
(Sila klik: Berkukut)


(Image courtesy of Blog)
Sebenarnya, dolok-dolok, orang salu refer wayang ya sebagai 'panggong'. Yang famous dolok adalah, Panggong Rex. Kinek tok dah diruboh dah Panggong Rex, kinek tok jadi Star dah. Dekat ngan Harbour View sia bah. Dolok lainlah cara kakar mun sidak diat wayang.

“Tadik kamek orang diat cita Rambo rah panggong tadik eh” 
kata Seman nyusey ngan Leman.

(Image courtesy of Blog)
Ada duak, tiga igek panggong lain rah Kuching. Sylvia Cinema, pun salah sigek panggong paling awal yang dibukak di Kuching. Nang menseya abislah.

(Image courtesy of Blog)
Mun kitak orang melimpas Masjid Bahagian Kuching, nang berdepan dengan masjid ya kan tempat simpan barang pake dak Brooke Dockyard nak? Nang ada sigek panggong kat kawasan sia, masok kitak orang jeraya sia. Ada kitak orang diat sigek panggong kat sia. Ya bukan Sylvia Cinema, ya Cathay Cinema.

(Image courtesy of catscity.net)
Miramar dekat Satok ya pun panggong juak bah. Aku sempat diat wayang rah panggong sia. Kinek tok under renovation. Ada yang padah Kamdar maok masok sia, entah aku pun sik sure. (Tapi udin padah MYDIN masok sia, cayaklah aku).

(Image courtesy of Site)
Tapi aku harap, Burger King lah dibukak kat sia. Haha.
*Putt nden, hahaha* 

 Ps: Sebenarnya, aku tulis perihal Panggong tok dolok, tapi meleret panjang cerita pasal bangunan di Kuching. Sebab ya, aku polah 2 entri.  
(Sila klik: life-in-kuching)

Thursday, May 27, 2010

Berbenyin

 Nak tok adalah bulu mata.

(Image courtesy of Site)
Nak tok adalah diskodas @ disco dust.
Diskodas + Bulu mata jadi apa?

(Image courtesy of Wikipedia)
Gitok, dolok-dolok, aku ngantar abangku pegi ke Kuching Airport. Awal sampey, kamek orang pegilah ke Mcdonalds. Breakfast bah. Nang bestlah breakfast pagi cemya.

Burger apa? Macam biasalah, burger paling nyaman atas planet bumi.

Nak dijadikan cerita, nok pekerja sia, nok pompuanlah rah kaunter belah kanan sekali. Ngesep-ngesep, then nok narit perhatian aku, bulu matanya ya. Mun diekot, kira perkara biasa jak ngesep-ngesep, tapi diskodas rah bulu mata? Nang penoh jak rah bulu matanya yaaa.

(Image courtesy of Eyelashes)
Ada juaklah nemu orang ngesep camya, tapi pake eye-dusting yang ngenak jak rupanya. Nok yang aku diat ariya, cam sedikit aneh then agak jenaka.

Sebetolnya, aku ngan abangku mok order rah kaunter tempatnya jaga. Tapi aku tok, kurang daya ketahanan diat benda-benda yang menggelikkan ati, terpaksa aku pegi ke sebelah. Aku lemah diduga benda-benda gia.  Taktik “gigit biber + gigit lidah + cubit lengan”, time semayang boleh pakey. 

Berhadapan dengan situasi yang jenaka tok, pakey taktik lainlah. Taktik apa?

(Image courtesy of Flickr)
Aku perasan nok gambar meals rah board besar ya, gambar baru. Semua lah gambar baru. Terpaksa aku  eksen berlakon. Abangku sporting juaklah, berlakon juaknya riya. 
Eksen ku padah ngan abangku gitok.

“Bang, Mcd pakey gambar baru owhh?”

Bayang jak, maka ya gambar burger, tapi aku pecah perut tetak dengan gambar ya walhal benda ya sik jenaka langsong. Aku mok jaga ati pompuan ya bah, takutnya kecik ati aku netaknya. Taktik tok eh! Terpaksa aku eksen-eksen tetak nunjok gambar burger Mcd ya dah bertukar baru. Pa jaklah oh? 
*Hahaha*

Tok namanya taktik “divert laughing”

Lupakku hal pompuan ya tek. Sayang bah, muka boleh tahanlah kacak, tapi sayang, diskodas rah bulu mata jak nyuruh spoil. Aku terpiker juak, munnya pakey contact lense, nang sakitlah mun deskodas ya masok ke mata. Antara benda yang nyakit mata time pakey lense adalah mun habok or pasir masok mata.

Tapi kira oklah pompuan ya nak, sebab sekdalah nya over gilak macam pompuan tok owh? Kira oklahhh pompuan ya tek. Kira steadyy juaklah pompuan ya tekk.
(Nang menjaga ati pompuanlah kakar gia)
*Nang, haha*
(Sila klik: steady)

(Image courtesy of Cat's eyes)
Oh lupak, diskodas noknya pakey riya, rasanya rona puteh + silver. Kenak pancar lampu, berbenyin jak bulu mata ya ehhh. Kira menarek juaklahhh giaa. Berbenyinnn jakk.
(Tok namanya kakar ngambik ati + positive thinking). 

(Image courtesy of Cat's Eyes)
Tapi nak, aku mejin juak, mun diskodas ya rona gadong, rona mirah seteriking, mun dipancar lampu, nang silowww lah mata diat owh? Mun berjalan kaki waktu malam, arum bulak, nya ada ciri keselamatan lebih. Sebab munnya melintas jeraya, urang dapat diat bah. Sebab bulu matanya berbenyin time malam waktu dipancar lampu. Selamat aihhhh!
(Oiii, tek padah mok jaga ati pompuan ya)
*Aok eh, haha, lupak ehhh*
 
Ngumpat urang aku tok. Mintak mahap lah mun ya adik kakak, couzen or kawan kitak urang.
*Ahah*

Ps: Aku terpiker hal berbenyin, teringat ada tulis benda tok menseya dolok. Haha.

Wednesday, May 26, 2010

Curang

Nang endak berapa juak nak owh??

Sama juak, nang endak berapa juak owh? Sebenarnya aku berperasaan macam ya marek. Serious! Sik bulak! Rasa kecurangan yang amat mendalam jak marek.
(Nakpa cita kau tok pok?)
*Katoklah cita, ishh*

Tok pipi tembam yang amat menarek. 
(Sila klik: pipi tembam again)

Gitok, mun lah double cheese burger ya adalah si pipi tembam macam nok di atas ya, mestinya sedeh nak owhhh? Munnya ada perasaan, mestinya kechewa dengan aku nak owh? Kenaknya sedeh kah?

Sebab....aaaa

Sebab...urmm

Sebab...aaaaa

Sebab...marek...aaaaa...aku...aaaa
(Oi, nakpa ta kau tok)
*Boh manas, haha*


Tok sebabnya. Sebab marek, aku makan double beef burger rah Burger King. Owhh, kesian double cheese burger eh! Sekali-sekala bah nak? Tukar selera. Haha.


Ps: Nang mustahel la ngarap Burger King bukak di Sarawak nak owh? Bukak di Kuching jak bah, rah Miri, Bintulu, Sibu ya sik payahlah. Haha :P

Crocs

Aku maok ngerepak lok. Dolok, heboh juak orang bercerita tentang perihal kasut Crocs yang logonya menyerupai Kalimah Allah. Naktok digago urang dolok. Herann.

Sama juak dengan perihal kalimah Allah yang kononnya nampak di tembok konkrit parit di Sekolah Kebangsaan Jerantut Jaya. Sebenarnya aku supan dengan orang kita. Benda-benda macam tok pun menjadi isu. Sekda apa-apa yang menarek pun dengan isu tok. Sekda isu pun.
(Sila klik: Sekolah)

Apa yang kita gago gilak dengan kononnya ada kalimah Allah di logo kasut Crocs, dengan tembok konkrit parit tok? Sekda isu sebenarnya. Macam orang gago tentang logo kasut Crocs, ya lebih kurang sama jak dengan Cydonia yang nampak di permukaan Marikh.

Mesti rami pernah diat gambar ya nak? Ya adalah gambar Cydonia, kawasan berbukit di Marikh yang menyerupai bentuk wajah manusia dengan bentuk piramid.
(Sila klik: Cydonia)

Kenak terjadi fenomena Cydonia? Ya disebabkan oleh fenomena Pareidolia. The exact meaning is, the tendency for the brain to see order in randomness. Maksudnya, mata kita diat certain bentuk yang random, then otak interpret bentuk ya sebagai satu bentuk. Sebab ya, the human face on Mars ya terjadi. Memang disebabkan fenomena Pareidolia. Bukan sebab apa pun.
(Sila klik: PareidoliaArticle, Article)

 (Image courtesy of Wikipedia)
Gambar tok menyerupai ada orang yang berpaut di pokok ya. Sama juak dengan isu kalimah Allah di kasut Crocs dengan dekat tembok parit sekolah rendah ya. Ya disebabkan fenomena Pareidolia juak. Otak interpret ada kalimah Allah di sia, walhal sebenarnya ya nang lambang Crocs dengan garisan dekat tembok konkrit ya. Sekda apa yang istimewa pun. Sekda benda nok diheran kita.

 (Image courtesy of Site)
Gambar the Badlands Guardian. Ada Ipod rah telinganya oh? Sak jak ya telaga minyak dengan jeraya ke sia jak. 
Perlukah berasa kagum? 
Aku sebenarnya sependapat dengan duak orang tok. Kita lebih berminat tentang kalimah di kasut Crocs dengan kalimah di tembok konkrit sekolah berbanding dengan kalimah yang ada dalam buku-buku. Lebih istimewa kalimah - kalimah, ilmu - ilmu dalam buku ya bah. 

Ada yang padah kalimah rah tembok parit yang nunjok kekuasaanNYA. Sik sepatutnya macam ya, ya sekadar konkrit biasa jak. Diat kita dirik tok, maseh dapat bernafas, maseh dapat hidup, maseh dapat bergerak, ya dah cukup nunjok kekuasaanNYA, bukannya kalimah yang ditemu di tepi parit suro! Mohaa!
 
Oh, lupak, ada sigek gik. Ada isu tentang bertudong sanggol arab yang mungkin haram hukumnya. Wallahuallam, aku sik tauklah apa hukumnya, tapi nampak perempuan ya lebih femininlah. Tapi, aku rasa isu tudong bersanggol Arab, ya isu yang sik terlalu penting. Banyak agik benda lain yang berlaku di depan mata kita yang lebih penting, yang kita perlu gago bah.

(Image courtesy of fotosearch)
Bagi aku, bagus agik miker giney maok membendong fenomena ‘berkaus’ di tempat-tempat seperti di Masja, Kompleks, Pustaka dan sebagainya daripada kita miker hal remeh macam kalimah di kasut Crocs, di tepi parit suro ya dengan bertudung bersanggol Arab. Sebab fenomena berkauslah yang menyebabkan baby-baby dibuang, macam yang selalu keluar dalam news. Bukannya tegal pompuan bertudong ngekot fesyen sanggol Arab. Lagikpun, sekda faedah miker benda gia sedangkan banyak agik isu lain yang kita eksen sik diat.
(Sila klik: Fenomena Berkaus)

Sama macam sekda faedah miker kenak wujudnya tarian Poco-Poco di dunia tok. Berfaedah kah nisik miker sampey sik tido malam? Sekda faedah bah nak? Yahhh! 
(Sila klik: Poco-poco)

Luguk


Apa itu luguk? Luguk selalunya dikaitkan dengan Siti Nurhaliza *Haha* Luguk lah nyuruhnya kiut. Sitok sik nampak ke-luguk-kan-nya. Ohhh Siti, kenak kitak mileh Datuk K owhhh?
(Ada nada-nada kechewa di sia eh)
*Nang jak, haha*

 (Image courtesy of Site)
Zaman menseya tok. Zaman gik dara, kurus ada jak, perutnya gik kempeng. Nak tok salu dikomplen urang. Siti kurus gilak. Tapi, aku percayak, one day kelak Siti akan menjadi seorang pipi tembam yang menarek. True enough, kinek tok nya menarek, tertawan kalbu!
(Oiii, tok entri luguk oii, bukan entri pipi tembam)
*Owhhhh, lupakkk. Ahahaha*

Bait oo Siti? Ngajinya eh!
*olololo*

Ok, toklah, the best example of luguk. Dari tepi bok dapat diat. Diat daienya. Luguk sik? Tapi nak, mun daienya tengelup pun, pelik rupanya bah nak? So, luguk ya teramat menawan kalbu. 
One more time, luguk ya MENAWAN, OK?
(Ohh, biased statement kedengaran di sia)
*Haha*


(Image courtesy of Site)
Kombinasi Luguk + Pipi tembam amat serasi dan menarek. Aku dah madah tek, menarek ada jakk! Entingal, sik cayak kata aku. Terasa ingin ngempas dirik jak aku diat gambar tok.  Menarek, kachak, the best, hati tertawan, menawan, tapi, kechewa juak sebab Siti dah nikah. 

Ohhh Siti T_T

Tuesday, May 25, 2010

Malaysian Freemasons


(Image courtesy of freemasons-amongst-us)
Freemason adalah pertubuhan atau organisasi yang dah lamak wujud, sejak dari penghujong 1600 lagik sidak dah tertubuh. Grand Lodges, badan pentadbir utama yang pertama tertubuh adalah Grand Lodge of England yang ditubuhkan 24 Jun 1717. Untuk masuk Freemason, memang ada syarat-syaratnya pun, sik kira dari agama ney sekalipun.
(Sila klik: Freemasonry

(Image courtesy of Illuminati)
Illuminati adalah golongan elit di kalangan sidak Freemason, yang selalu dikaitkan dengan New World Order (NWO) dengan Shadow Government. Orang yang bertanggungjawab dalam penubuhan Illuminati tok adalah Adam Weishaupt, professor theologi di University Angold Stadt dalam tahun 1776. Banyak orang mengaitkan, golongan Illuminati tok adalah golongan yang menjadi hidden hand dalam banyak isu di dunia. 
(Sila klik: Illuminati, Site)

(Image courtesy of Site)
Tok antara lambang sidak yang famous di dunia tok. Tok U.S dollar.

Novus Ordo Seclorum. Maksudnya, New World Order. 

Ok, mun didiat menar-menar, huruf dekat logo ya. MASON.

(Image courtesy of Site)
Familiar kita dengan lambang tok owh? Sama ada ya ada kaitan dengan sidak Freemason atau Illuminati, ya Wallahuallam, aku dirik sik tauk.

(Image courtesy of Wikipedia)
Tan Sri Sanusi Junid adalah orang yang penting dalam politik Malaysia. Lagikpun, dolok-dolok, nya sempat ‘berguru’ dengan orang yang hebat dalam sejarah Malaysia, termasoklah Tun Dr. Mahathir, Tun Ghazali Shafie, dengan Tun Dr. Ismail. 

(Image courtesy of Site)
Bagiku, sekda ganti untuk sidak tok, mun lah Tun Ghazali dengan Tun Dr. Ismail maseh ada, nang aman Malaysia tok. Mun rajin, pegilah ke MPH ya, carik buku biografi dak tok. Jangan gago nak kayo-kayo, diat wayang dekat MBO ajak.  Aku dah abis baca perihal Tun Dr. Ismail tok. Cariklah buku The Reluctant Politician kat MPH ya.

Aku nang benar-benar pandang tinggi Tun Dr. Ismail, sama macam aku memandang tinggi Tun. Dr. Mahathir. Orang yang belajar jadi doktor, bagus jadi ahli politik, pendekatan sidak lain bah. Pernah, nya masok ke sigek tempat, tapi Tun Dr. Ismail, langsong sik bersalam dengan orang, tapi nya terus berik ucapan kejap, lepas ya terus keluar. Orang pikernya sombong, tapi sebenarnya nya polah  ya nang bersebab.

Prinsipnya, nya sik maok orang yang bersalam dengannya sokongnya semata-mata dah bersalam dengannya. Sik wujud orang dalam politik macam ya kinek tok. Nya ninggal pun sebagai Pemangku Perdana Menteri. Sebab sepatutnya, Tun Dr. Ismail yang ganti Tun Abdul Razak sebab waktu ya Tun Abdul Razak dah sakit menar dah. Tapi dah nama ajal, Tun Dr. Ismail yang ninggal dolok. Kesian aih, waktu malam sebelomnya ninggal, Tun Dr. Ismail merasmikan sigek majlis. Cun gilak malam ya, sidak bermain mercun. Lekak terkejut dengar yalah, terus terganggu kesihatannya, alu ninggal malam ya.
(Sila klik: Tun Dr Ismail)

Aih, melalut indah aku tek. Tentang perihal Tan Sri Sanusi Junid tek, dalam blognya nya ada tulis perihal pengalamannya dalam politik dolok-dolok. Aku quote apa yang nya tulis kat sitok.
(Sila klik: Tan Sri Sanusi's Blog)

“Saya perhatikan apabila keadaan dalam negara telah heboh mengutuk Freemason maka pemimpin-pemimpin Melayu yang menjadi anggota Freemason telah berhimpun di Equatorial Hotel untuk membuat penjelasan bahawa mereka tidak akan mengkhianati bangsanya dengan menjadi ahli Freemason. Perdana Menteri Tunku Abdul Rahman sendiri telah menjelaskan bahawa beliau menjadi ahli sebagai 'cara nak berkawan saja ... tak ada apa-apa pun.... bukan badan politik pun. ... kalau mereka rugikan Melayu saya takkan ikut mereka

(Image courtesy of Blog)
Tok bermaksud, Tunku Abdul Rahman ahli Freemason? Aku baruk tauk juak. Info tok datang dari sumber yang boleh dipercayai, dari Tan Sri Sanusi Junid. Sik sangka owh? Tapi sik juak aku berani komen lebih-lebih. Wallahuallam.
(Sila klik: Tunku_Abdul_Rahman)

Tapi, tolong bezakan antara Freemason dengan Illuminati, sama macam kita bezakan antara Jews dengan Zionists. Ya entiti yang berbeza, sebab kita selalu piker Jews dengan Zionists ya sama.
(Sila klik: Malaysian Jews)

(Image courtesy of Site)
Francis Light, adalah orang penting dalam sejarah tertubuhnya koloni British di Pulau Pinang dalam tahun 1786. Mengikut sejarah, Francis ya adalah salah seorang Freemason dari British East India Company, yang ditubuhkan oleh Freemason untuk menjalankan " Ordo Ab Chao " (Order of the Chaos) ke seluruh dunia termasoklah  China, India, Australia, Amerika Syarikat. Kiranya, Freemason nang dah wujud dari menseya dolok di Malaysia tok owh?
(Sila klik: Francis Light)

Mun rajin baca, tok bagus juak dibaca. 
(Sila klik: Site)
(Sila klik: Site)


Ps: Ok, 2-3 jam dah aku bercarik info perihal tentang Freemason dengan Illuminati tok. Nang kepak polah entri macam tok, sama macam Malaysian Jews ya. Tapi the good thing is, rasa happy dapat share dengan orang.
Siklah endak alah-alah ngerecho nak owh?
Sharing is caring.