Pages

Showing posts with label Zionists. Show all posts
Showing posts with label Zionists. Show all posts

Thursday, May 31, 2012

Akhir Zaman

Siri 6. Akhir Zaman. Apa akan jadi dengan tempat suci Islam kita tok kelak? Coba perati menar-menar, apa ada dalam gambar ya. Diat, ada apa yang berkibar di sekitar kawasan Masjid Al-Aqsa ya.

Dapat diat bendera Israel berkibar di kawasan Masjid Al-Aqsa? Ada baca apa news yang baruk jak berlaku sehari duak tok tek. Mesti rami yang sik perasan. Sekpa, aku tolong kitak remind kitak urang. 

" Soldiers on Monday violated the status quo on the esplanade of the mosques in east Jerusalem by raising Israel’s flag, the head of the Islamic Waqf organization that oversees the compound charged. More than 180 soldiers from a special Israeli army unit today raised a large Israeli flag opposite the mosque of the Rock, which is a grave provocation,” Sheikh Azzam al-Khatib told AFP. The sprawling esplanade containing the Al-Aqsa mosque and the adjacent Dome of the Rock in the historic Old City is the third-holiest site in Islam after Saudi Arabia’s Mecca and Medina. "  (Courtesy of Alarabiya)

Sidak tek madah, insiden ya, sekda apa-apa. Setakat bendera kecik jak pun. Tapi, ingatlah, nok berlaku minggu tok bukan kali pertama. 16 December 2011 pun udah berlaku benda tok. Makin lamak, makin berani. Provokasi atau sebenarnya lambang kejayaan udah menakluk Masjid Al-Aqsa?
(Courtesy of Demotix.com)

The Promised Land. Tok antara semua peristiwa yang berlaku dari dolok, sampey kinek tok. Coba perati menar-menar, apa yang udah berlaku dari dolok, dengan apa yang jadi kinek tok. Adakah sidak Zionist udah dapat The Promised Land ya balit? Maok diat di siney negara yang disebut sebagai The Promised Land? Aku pernah tulis dolok, sekpa, aku remind balit untuk mata kitak urang semua.

(Courtesy of Blog)
Diat semua negara yang ditunjok dalam ya. Iraq, Syria, Jordan, Arab Saudi, Mesir. Negara ney yang sik dikuasai oleh tentera U.S? Di Mesir? Kononnya Revolusi Arab, Arab's Spring, adakah ya menar-menar revolusi or sekadar bermain wayang ajak pakey nipu kita semua?
(Sila klik: Revolusi Arab)

Coba diat, di sekeliling Arab Saudi ya, negara ney sikda kekacauan, sekda haru-biru? 
Yaman, Oman, Iraq, Syria, Jordan, Israel, Mesir, Sudan. Semuanya dikaco.
(Sila klik: SecurityMatters)

Banyak tentera U.S, udah dipindah dari Arab Saudi ke Qatar. Puluhan ribu askarnya di sia. 

Isfahan, Iran adalah tempat pusat nuklear Iran. Apa signifikan tempat tok kah? Ada yang berpendapat, Dajjal Al Masih akan keluar dari kawasan Isfahan, Iran tok. Wallahuallam, aku pun sik tauk.

Imam ke 12 yang ditunggu oleh golongan Syiah. Aku sik berani maok tulis, tapi silalah baca dirikpun, siapa urang yang ditunggu sidak Syiah tok. Adakah ya Imam Besar yang ditunggu kita ataupun sebaliknya. Wallahuallam, aku dirik sik berani padah apa-apa.
(Sila klik: Imam Mahdi Syiah)

Mun benarlah apa ditulis ya, jadi, memang patutlah tentera U.S. udah dalam siap-sedia. Coba diat, sekeliling Iran ya nang dikeliling oleh pangkalan tentera U.S. Persoalannya, kenak semuanya fokus dengan Iran? Kononnya sidak Iran tok maok nyerang Israel, sebab ya U.S siap-sedia tenteranya di sekeliling Iran. Tapi ada yang berpendapat, ya sekadar wayang. Adakah semua tentera yang jumlahnya teramat banyak tok sebenarnya tengah siap-sedia untok perang besar akhir zaman kelak? Wallahuallam, aku sik tauk. 

Jadi, apa signifikan Masjid Al-Aqsa tok dengan semua tok?

(Image courtesy of Solomon Temple)
Golongan Zionist maok merobohkan Masjid Al-Aqsa, sebab maok polah balit Solomon Temple. 

“He will establish a government in Israel that will be the center of all world government, both for Jews and gentiles (Isaiah 2:2-4; 11:10; 42:1). “

Raja ditunggu yang akan memerintah seluroh dunia dari Solomon Temple, di atas tempat Masjid Al-Aqsa yang akan dirubohkan yalah tempat Raja, Massih ad-Dajjal atau anti-Christ ya merentah dunia. Tok yang ditunggu dan dipercayak oleh bangsa Israel termasoklah golongan Zionist. Sebab ya, sidak Zionist maok meruboh Masjid Al-Aqsa. Adakah peristiwa sidak udah berani maok ngibar bendera Israel di Masjid Al-Aqsa ya menandakan kejayaan Zionist yang secara sik langsongnya, menandakan sidak udah dapat Masjid Al-Aqsa? Adakah kita hanya mampu diat ajak? OH I SEE.
(Sila klik: Maschiach)

Kita semua lalai dengan facebook, lalai dengan kerja, lalai dengan kehidupan, lalai dengan perihal duniawi, sampei kita semua lupak, perihal yang sedang berlaku di Al-Aqsa. Kita lupak, banyak perkara besar akhir zaman yang mungkin, kita semua tok akan sempat diat sama ada permulaan, pertengahan atau semuanya kelak. Ya pun mun kita sedar dengan tanda-tandanya yang tengah berlaku kinek tok. Jangan lalai, jangan leka, dunia makin tua, kita perlu sedar hakikat ya.
Sharing is Caring. 


Read more ...

Wednesday, February 8, 2012

Palestine

Siri 5. Palestine. Aku sedikit moha dengan apa yang urang dalam blog tok tulis. So, toklah reply aku untuk apa yang ditulisnya dalam blognya, entri perihal Israel. Boleh baca di link dibah tok.
(Sila klik: Tentang Israel)

Kamu fikir bangsa Israel itu bangsa apa? Itu bangsa keturunan Nabi Ya'qub. Nabi berbangsa Israel?  Nabi Ishaq, Nabi Yusuf, Nabi Harun, Nabi Musa, Nabi Daud, Nabi Sulaiman, Nabi Zakaria, Nabi Yahya. Nabi Isa-al Masih yang hingga saat kamu baca ayat-ayatku ini, baginda masih lagi hidup dan akan diturunkan ke bumi di akhir zaman. Semua itu berbangsa Israel. Jadi, apa yang kamu fikir bangsa Israel seperti bangsa Melayu? Cina? Arab? Russia? Kamu fikir kenapa mereka mahukan tanah Palestine itu juga? Kenapa pin-point perkara-perkara yang sama berlaku di tempat lain? Memang Palestine itu dahulunya kepunyaan bangsa Israel.
Kenapa harus kita peduli tentang Palestine? 

Sedarkah kamu, di Tanah Palestin itu terletaknya kiblat Islam yang pertama. Tempat suci orang Islam. Kiblat pertama untuk orang Islam sembahyang, dulunya terletak di Palestin, sebelum kita menghadap ke Kaabah. Kamu fikir ini tiada erti apa-apa?

Kepergian Rasulullah SAW ke langit, terletaknya di Palestin, sampaikan batu pun ingin terbang mengikut baginda. Di bumi mana sebelum Rasulullah kepergian ke langit? Di bumi Palestine. Di bumi mana tempat malaikat Israfil akan pergi sebelum sangkakala itu ditiupkan? Di mana? Di tanah Palestine!
(Sila klik: Batu Tergantung)
(Sila klik: Malaikat Israfil

Kamu fikir ini tentera dari mana? Bertugas di mana?  Kamu fikir siapa yang dihantar ke Bosnia dahulu?Kamu fikir bangsa kita ini tidak peduli nasib bangsa di Chechnya, Bosnia, Papua, Darfur? Malahan di Selatan Thailand, Selatan Mindanao.
Kamu fikir bahawa bangsa kita ini tidak peduli? 

Tahukah kamu, di sempadan Lebanon - Israel pun, adanya askar kita di buffer zone? Kamu fikir kita hanya berdiam diri walhal mulut bising mencerca Israel? Kamu fikir itu tiada apa-apa? 

Kenapa tidak dijadikan saja negara Israel di Germany. Nazi penyebab Holocaust. Bukannya Palestine.

Kenapa orang Palestine yang perlu menanggung kesan itu? Apa kaitan Palestine dengan Holocaust? None! Why do they suffer?

Tanpa Palestine, Umat Islam tiada focal point, yang benar-benar dapat menyatupadukan umat Islam. Ya, itulah Palestine, sampai ke penghujung zaman, isu ini tidak akan selesai.

Orang hanya benci kepada Zionist, bukannya bangsa Israel. Sila bezakan antara keduanya. Dan ya, aku setuju, two-states. Tapi, mahukah Israel begitu? Dan ya, aku setuju, pentadbiran Mekah dan Madinah adalah urusan seluruh umat Islam.
 Dan ya, aku setuju, boikot itu tiada ertinya.

Mekah, Madinah itu bukan  sepatutnya terletak di bawah Saudi Arabia sahaja. Tapi sepatutnya ia di bawah seluruh umat Islam. Tapi ia tidak berlaku. Itu adalah kehendakNYA. Boikot Haji?  Kamu fikir Haji itu umpama barang? Rukun Islam mahu diboikot?

Kamu tahu, bahawasanya Rasulullah SAW sudah berpesan, ia adalah tanda pengakhiran dunia jika orang berlumba-lumba mendirikan bangunan tinggi. Kamu fikir menara jam di sebelah Masjidil Haram itu apa? Bangunan di sekeliling masjid itu apa? Bukankah sama, apa yang telah diberitahu oleh baginda dahulu?

Kamu sedar kebanyakan tempat peninggalan Rasulullah SAW, keluarga baginda, serta sahabat baginda sudah dihapuskan. Kubur para sahabat pun mahu diratakan, dihapuskan. Kamu fikir Arab Saudi ini siapa? Pegangan agamanya apa? Kamu fikir takhta raja Arab Saudi itu, siapa di belakangnya? Kamu tahu, raja itu sedang sakit? Kamu tahu, bahawa adanya pendapat mengatakan selepas kematian pemerintah Mekah, akan terjadi kacau bilau? Kamu fikir itu jauh dari masa sekarang? Lama lagikah? Mungkin tidak.

Kamu fikir the false Messiah itu akan memerintah dari mana? Kamu fikir negara Israel itu saja-saja didirikan di tanah Palestine itu? Kamu fikir, apa yang diperbuat mereka itu sekarang? Membina the King Solomon Temple balik adalah kehendak mereka. 

Kamu fikir tanah sekangkang kera itu untuk siapa? 

Tunggulah Tasik Galilee itu kering. Tunggulah.
(Sila klik: Paras Tasik Galilee)

Kamu tahu, bangsa mana yang mahu melihat tuhan dengan mata kasar? Kamu fikir bangsa mana yang ditunjuk pelbagai benda, masih tidak beriman. Bangsa apa, makhluk apa yang tinggi egonya, ujub kepada diri, bangga, bongkak sampaikan mahu melihat Allah SWT dengan mata kasar. Kamu fikir itu bangsa apa?

Jika ini berbeda pendapat dengan kamu, terimalah. 
We can agree to disagree.

Jika Amerika, cerita Murshid, si Mumu si arkitek muda yang tinggal di hostel pintu senteng, bilik tiada bertingkap itu kamu baca. Bacalah perihal Palestine ini. Lebihkan berfikir dari sudut yang lain. Aku tahu kamu orang yang berfikir. Fikirkanlah kenapa tanah sekangkang kera itu juga direbut. Semuanya bersebab. Bacalah, bacalah, bacalah. Iqra, Iqra, Iqra. 


Read more ...

Monday, March 28, 2011

New World Order

Siri 4. Novus Ordo Seclorum. Maksudnya, New World Order.

Aku bukan urang yang suka gilak nak percayak hal-hal konspirasi. Tapi, kadang-kadang, terfikir juak. Kenak semuanya berkaitan. Kadang-kadang perlu juak ngambik tauk benda gitok. Coba baca New World Order, kaitannya dengan Amerika Syarikat, kaitannya dengan Freemason, Illuminati. Boleh ajak google dirikpun.
(Sila klik: New World Order)

(Image courtesy of Site)
Yes my friend. Bangsa Yahudi adalah bangsa yang pemandei. Serba-serbi pandei, bisnes pandei, polah duit pandei. Sebab ya, sidak dapat control sigek dunia tok. Sebab sidak berduit, pandei dan sebagainya. Golongan ekstrem yang pandei jak munoh orang? Ya adalah Zionist. Sila bezakan antara duak tok.

(Image courtesy of President of The United States
Makhluk-makhluk ciptaan Illahi yang diberik kuasa jadi Presiden Amerika Syarikat dalam gambar ya, hampir kesemuanya pernah nyebut perihal New World Order. Kebetulan kah?

Sigek-sigek negara ya tumbang. Yang menunggu masa, adalah Libya. Sejam yang lepas, mun kitak orang ada diat CNN. Coba jak check lagik, ney tauk ada ulangan lagik.

New World Order. Apa maksud tok kah? Kebetulan kah? Sampei juak banyak kebetulan? Gambar tok aku ambik malam tadik. Tapi CNN ada lagik ngulang siaran berita perihal New World Order tadik. Gambar tok aku ambik dirikpun. 

George H.W. Bush waktunya berucap sebelum Amerika Syarikat nyerang Iraq, apa juak diucapnya?
NEW WORLD ORDER
(Sila carik dalam youtube perihal tok)

(Image courtesy of Site)
Dari Abu Hurairah RA. bahawasanya Rasulullah SAW bersabda

"Tidak terjadi Hari Kiamat sehingga Sungai Furat (Euphrates) iaitu sebuah gunung dari emas. Ramai orang yang berperang untuk merebutnya. Maka terbunuh 99 daripada 100 orang yang berperang. Dan masing-masing yang berkata. "Mudahan-mudahan akulah orang yang terselamat itu"


Dalam riwayat lain 
"Sudah dekat suatu masa di mana Sungai Furat akan menjadi surut airnya lalu ternampak perbendaharaan daripada emas. Barang siapa yang hadir di situ, janganlah ia mengambil sesuatu pun daripada harta itu"


Ada yang padah, maksud harta ya adalah minyak yang direbut kinek tok. Semua negara-negara yang tumbang, dikuasai oleh Amerika Syarikat adalah negara yang kaya dengan minyak.

Jangan lupak, kita maseh ada tanggungjawab. Toklah tanggungjawab kita, Masjid Al-Aqsa ya kepunyaan kita. Mungkin sik lamak lagik, runtoh masjid ya tegal sidak Zionist dah lamak dah galik tanah dibah masjid ya, kononnya maok carik harta purba sidak. Pandei nipu urang nak golongan ya? Macam kita tok, dalam tv sekalipun, kita selalu ditunjok masjid nok sigek ya.

Toklah gambar masjid yang selalu ditunjok dalam tv. Sebenarnya tok adalah Masjid Qubbat As-Sakhrah atau Dome of Rock. Rami antara kita yang piker tok adalah Masjid Al-Aqsa. 

Toklah Masjid Al Aqsa. Memang orang arab ya golongan yang jahil, dari dolok sampey kinek tok. Sebab ya,  kebanyakan Nabi dan Rasul diturun ke Tanah Arab. Nang bebal. Mun sidak menar-menar bersatu, dolok dah sidak dapat ambik balit tanah Palestin, Masjid Al Aqsa. Bayangkanlah, tok kiblat pertama orang Islam. Mun maok solat di sitok pun harum bulak mesti mintak izin dari sidak dolok. Bayangkan!!

Tok sebab sebenar kenak golongan Zionist maok merobohkan Masjid Al Aqsa. Sidak percayak, di kawasan yalah kawasan King Solomon Temple. Sidak percayak, sik lamak lagik Raja yang ditunggu akan memerintah dunia. Raja ney ditunggu sidak? Raja dari keturunan Bangsa Israel.Masih ad-Dajjal.Orang Islam sikkan dapat membezakan Dajjal Al Massih, sebab Dajjal menyerupai kedak orang Islam.

Sidak tetap percayak, satu hari kelak sidak akan dapat balit The Promised Land.
(Image courtesy of Flickr)
Kita gago jak nyambut Earth Hour. Macam ney dengan nasib kiblat pertama kita? Adakah kita tok generasi yang disebut-sebut, golongan akhir zaman? Aku tetap berperasaan, kitalah generasi yang antara paling akhir. Tanda-tanda hujung zaman banyak dah keluar. Antara yang baruk keluar, perihal gempa bumi yang kuat.


Rasulullah SAW bersabda

"Tidak akan terjadi hari Qiamat sehingga kamu melihat sebelumnya sepuluh macam tanda-tandanya. Asap, Dajjal, binatang, terbit matahari dari tempat tenggelamnya, turunnya Isa, Ya'juj dan Ma'juj, 3 kali gempa bumi, sekali di Timur, di Barat dan Semenanjung arab, dan api yang keluar dari arah negeri Yaman yang akan menghalau manusia kepada Padang Mahsyar mereka"


Semuanya berkaitan. Mun rajin, sila baca.
(Sila klik: Siri1. Al Aqsa)
(Sila klik: Siri 2. Israel)


Oh yes, lupak. tok kebetulan juak kah?
Wallahuallam.
Read more ...

Friday, July 30, 2010

United States of America

Siri3. United States of America atau Amerika Syarikat tertubuh pada 4 Julai 1776. Sidak mendapat kemerdekaan daripada Great Britain. No wonder sidak kamceng sampey kinek tok.
 (Sila klik: Wikipedia)
(Image courtesy of Wikipedia)
Antara orang penting dalam sejarah Amerika, adalah George Washington. Mun diekot, George Washington tok adalah dalam golongan Freemason. Bolehlah google perihal George Washington tok kelak.
 (Image courtesy of Zionist News)
Mun diekot, komuniti Yahudi di Amerika, lebih kurang 6 juta orang jak. Tapi, sidak tok adalah antara orang paling berpengaroh di sinun. Sampei media pun sidak Yahudi yang control. Then Yahudi pun control ekonomi Amerika. Sapa-sapa yang control media dengan ekonomi Amerika, sidak boleh control kerajaan Amerika. Media berperanan mempengaruhi orang rami. Ekonomi untuk control kerajaan.
(Sila klik: American Jews)
(Sila klik: Who Rules America?)
(Sila klik: Who Rules America)
Sebab ya, sapa-sapa yang maok jadi Presiden Amerika, sidak mesti dapat restu dari golongan Yahudi yang berpengaroh di Amerika. Termasoklah Obama sekalipun. Sebenarnya aku skeptical dengan Obama. Aku sik cayak gilak, nya mampu merubah dasar Amerika, terutama dasar luar dengan Israel. Sebab, semuanya ngekot telunjok golongan Yahudi berfahaman Zionist.
(Image courtesy of Blog)
 Tolong bezakan antara Yahudi dengan Zionist. Sik sama, sebab Yahudi adalah bangsa, Zionist ya adalah fahaman politik yang ekstrem. Sebab sik semua Yahudi adalah Zionist, sebab ada juak yang menentang dasar Israel. Lagikpun, rami juak nabi dan rasul yang berketurunan Yahudi. Adalah salah kita berik persepsi jaik dengan bangsa Yahudi, sedangkan golongan yang jaik ya adalah golongan Zionist. Sama macam kita berpikiran negatif dengan orang Yahudi yang diam di Malaysia.
 (Sila klik: Malaysian Jews)
(Sila klik: Flickr)
Coba diat kaitan antara golongan Freemason, Illuminati, dengan penubuhan Amerika Syarikat, then tertubuhnya negara Israel. Apa kaitan semua tok dengan Masjid Al-Aqsa yang akan dirobohkan kelak, then keluarnya Dajjal.Can you connect the dots? 

Menar kata kaljis  dengan Adio, mun maok tauk dengan lebih details tentang apa yang sebenarnya berlaku, boleh jak mun maok diat tentang siri The Arrivals. Boleh klik di sia untuk diat semua siri ya. Apa yang aku tulis, aku terjemahkan apa yang aku faham dari apa yang aku diat dari siri The Arrivals ya. Kiranya nyenang keja kitak orang yang maybe malas maok diat sigek-sigek episod. Kepak tapi worth it mun diat.
(Sila klik: The Arrivals)
Mun maok lebih faham, sila baca siri 1 dengan siri 2 ya dolok. Sharing is caring.
(SIla klik: Siri 1. Al - Aqsa)
(SIla klik: Siri 2. Israel)
Read more ...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...