Mun dah berbini, mestilah nulong bini berkemas rumah, nyapu
lantei kah, ngemop lantei kah nak? Mesti membanting tulang empat kerat, nulong
bini di rumah. Jangan part “best” ajak dimaok. Kau dengar ya?? *Dengarlah aku tok*
Tapi nak, kelak-kelak, aku rasa aku boleh ‘predict’ apa mok
jadi kelak dalam beberapa igek benda. Sebab dah nama kita tok manusia, ney dapat
cemerlang dalam serba-serbi nak?
Toklah antara benda nok aku rasa aku akan polah dengan Cemerlang.
1. Nulong bini bersesah baju waima bersesah di tepi sungei.
Tok cemerlang menar aku eh. Series!
2. Nulong bini berjemor/buat kain baju. Nang aku konpiden,
cemerlang prestasi aku kelak. No worry honeyy!
(Munlah kelak bini kedak Hanis, nang rindoklah ati owhh?) *Alulah miker gia, dah dah*
3. Nulong bini bercuci pinggan mangkok.
“O deng, biar kamek
jak nyuci dak pinggan mangkok tok. Dudok jak kitak sinun diat cita Twillight
nun ehhh” (Gine-gine pun,macam ‘lame' jak cita
ya) *Nanggg*
Mesti biniku kelak berik sign “BAGUS” camtok. Mesti lam
atinya muji-muji gitok
“Olololo, laki sapalah bait gilak nulong nyuci pinggan mangkok, bersesah baju, berjemor/buat kain baju” *Oiii, udah gik kau muji dirik*
Toklah antara benda, aku rasa aku akan polah dengan Endak
Berapa Cemerlang.
1. Melipat baju? Siboh jak, aku rasa macam jenaka jak rupa
baju kulipat kelak. Mesti sebarang jak rupa. Aku rasa nak, kelak-kelak mesti
biniku bersangka burok ngan aku. Bersangka burok giney?
“Oiii banggg, kitak tok melipat bajukah berdango?”.
Mestinya
piker aku sik benar-benar nulongnya. Kesian owh? Sak
jak aku dengan series nulong melipat baju tapinya miker aku kedak nemiak kecik
berdango dengan kain baju jak. *Yalah kau*
2. Setereka baju? Bolehlah diusahakan. Tapi tapi tapi. Banyak
tapinya.
Aku konpiden, mesti ada baju nok ku setereka ya berlubang
entam setereka olehku kelak.
Mun dah bajunya berlubang lekak disetereka aku, mestinya moha lekak yaaa. (Sila klik: Moha)
Mun sik moha, nya supan gitok kali. Mirah jak pipi, supannya
bah. Mestinya miker kenaklah nya dapat laki 'lame' macam aku. Tapi nak, aku rasa dapat diator lah masalah melipat baju
dengan setereka baju. Ingat cerita P. Ramlee sik? Bolehlah di-try kelak cara
ya.
Caranya, engkah bata atas baju ya.
Lekak ya, baju ya ditandah dolok macam ya.
Kelak, mun dah cukup masa, aku konpiden, baju ya strett
macam tok. so, sik perlulah maok setereka baju. Bijak sik?.
Lekak baju dah gap-gap, kita gantong jak lam lemari kelak. Setayel
sik? Bijak sik? Cemerlang sik? Sebut betol-betol. Cemerlanggg.