Pages

Friday, June 18, 2010

Children of Heaven


(Image courtesy of Wikipedia)
Children of Heaven adalah filem Iran yang dishow dalam Astro dolok-dolok. Ney tuju channel Astro ya owh? Sayang bah, macam-macam cerita jak dishow sidak Astro dalam channel ya. Best gila cerita tok. Tauk sik tema citanya berkisar pasal apa? 
(Sila klik: Children of Heaven)

Cita tok berkisar pasal kasut adik pompuan Ali, Zehra yang ilang. How cool is that? Best aih, filem-pasal-kasut-adik-pompuan-ali-yang-bernama-zehra- ilang. Then sidak polah cita, based on apa yang berlaku waktu Ali dengan adiknya bercarik dengan kasut yang ilang ya.
Zehra dengan Ali tengah nyuci kasut. Untuk certain orang, untuk yang selalu diat cita Melayu, maybe cerita tok sik best sebab sekda hero/heroin yang best, sekda perihal putus-chenta-alu-putus-urat-senyum-kotan-frust. Sekda plot cita yang komersial, sekda scenery-kamera-kacak-macam-cita-kabir-bhatia dll.

Mun ngarap cerita tok meruntun jiwa dan perasaan macam cerita Lagenda Budak Setan. Putt nden, sekda benda gia dalam cerita tok. Cerita Melayu bah, selalunya benda yang sama jak dalam filem. Hero/heroin mesti macho, hensem, stedey, kachak.  Tema filem, berebut pompuan, berebut chenta, frustlah, nang sekda benda lainlah. Drama  Melayu pun lebih kurang jak. Mun sik cita antu, cerita hal Tan Sri, Datuklah, bisnes juta-juta ringgitlah, pasya berebut pompuan, berebut anak orang kaya, pasya ada pesaoklah mok berebut harta. Rumah mesti besar, keta mesti kachak-kachak, ney ada cerita lain. Boring ok?
(Sak jak kau kelak diat ceta Lagenda Budak Setan juak kelak)
*Oii, bisin kau*
Sebab ya, bila terdiat cerita tok, aih nang bestlah sebab nang lari dari cerita Melayu yang typical.Nakpakah best diat cerita pasal nemiak kecik yang ilang kasut kah? Diatlah dolok, banyak gila pengajaran dari cerita tok.Mun ada masa, coba-coba jak carik cerita tok rah pasar. Ney lah tauk ada temu. Sik rugi bah diat. Serious! Banyak juak review dari orang yang dah diat cerita tok, sila baca apa review sidak.

(Sila klik: Review1)
(Sila klik: Review2)


Oh yes, sampey ada yang diat rami-rami, pasya polah discussion pasal filem tok. Cool aih!
(Sila klik: Film Appreciation)

(Image courtesy of Site)
Ada sigek gik cerita Iran yang pernah aku diat dalam Astro. Tapi ya pasal sorang pompuan yang nunggu jodoh. Dalam cerita ya, pompuan ya polah wedding gownnya pun, nya dirik yang jait. Dah lekak semua apa perlu dijait tek, sigek jak yang belom ada. Pengantin laki @ jodohnya jak belom sampey. Alu cerita ya berkisar, macam neynya ngarap jodohnya sampey, sebabnya dah ready dah, siap dengan wedding gown yang nya pun jait. Apa nama cerita tok owh? Lupakk. Kitak orang mesti diat eh! 

4 comments:

  1. kmk ska glak tgga cta children of heaven ya. dolok tgga kt tv2 ms skolah rndah. last sem lecturer mbak tgga balit cta ya. nang nangis2 la tgga. best! :)

    ReplyDelete
  2. OWH.. dah mek tga cerita tok. sefamili mek suka. ptt menang award bah..

    ReplyDelete
  3. hahaha.suka statement cerita melayu lebeh kurang jak ya. :|

    ReplyDelete
  4. hehe...ceta tok la besttt.... layan owhh :D

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...